Rab05162012

Kemaskini terakhir06:09:10 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Grand design pelingkup PKR...Ketua Cabang Bukit Gelugor pecah tong

Grand design pelingkup PKR...Ketua Cabang Bukit Gelugor pecah tong

  • PDF

pkr-limbo5131Kisah ketua cabang PKR keluar parti bukanlah benda baru, tapi yang menariknya kali ini adalah desas-desus akan ada rantaian atau dalam bahasa mudahnya, selepas seorang-seorang berbuat demikian.

Pada Rabu, yang 'pecah tong' adalah Ketua PKR Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Lim Boo Chang yang buat sidang media umum keluar dari parti itu berkuatkuasa serta-merta dan kembali menyertai parti Gerakan.

Bagi yang kenal Boo Chang, memang tahu dia ni 'taiko' sebab lama dalam politik Pulau Pinang, sebelum joint PKR selepas tsunami politik 2008.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri umum kemasukan Boo Chang dalam satu majlis khas di Pulau Pinang.

Beliau merupakan ADUN Datuk Keramat dari tahun 1995 hingga 2004.

Ramai lagi yang macam beliau, sertai PKR sebab ingat parti itu boleh bawa perubahan, tetapi selepas tiga tahun, baru sedar, indah khabar dari rupa.

"Saya hilang keyakinan terhadap PKR yang gagal menepati janjinya untuk mereformasikan rakyat, berlaku persaingan sesama sendiri yang melampau dan tindakan parti yang sering mengenepikan ahlinya.

"Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan,” jelas beliau yang turut letak jawatan sebagai ahli majlis MPPP.

Apa yang Agendadaily difahamkan adalah, ia satu permulaan, selepas ini, semakin dekat dengan tarikh pilihanraya, semakin ramai ketua bahagian atau pemimpin akar umbi PKR akan umum keluar parti.

Ada satu grand design yang diatur oleh sekumpulan ex-PKR untuk tarik kawan lama mereka keluar dari parti tersebut, sedikit demi sedikit.

"Ramai yang hendak tinggalkan PKR sebenarnya, di peringkat akar umbi, tapi mereka tunggu the right time, semakin dekat dengan pilihanraya, semakin ramai yang akan umum keluar," kata satu sumber yang tahu fasal move yang dibuat ini kepada Agendadaily.

Menurut beliau, kebanyakan yang 'tunggu giliran' itu adalah yang 'bercalar' semasa pemilihan PKR tahun lepas.

"Apabila kena atas kepala sendiri, mereka mula fikir balik mengenai Anwar Ibrahim, kes liwat, video seks, dan ramai yang sudah percaya, tapi mereka tunggu masa untuk 'ajar' Anwar," katanya.

Dari apa yang dibayangkan sumber tersebut, nampaknya krisis kepimpinan akar umbi PKR akan menjadi lebih serius selepas sambutan tahun baru nanti.

PKR berpecah teruk dalam pemilihan parti tersebut pada hujung 2010. Pemilihan yang melibatkan semua ahli di semua peringkat itu menyebabkan ramai yang rasa tidak puas hati.

Beberapa ahli Parlimen dan ADUN PKR sebelum ini juga umum keluar parti dengan macam-macam alasan, termasuk MP Bayan Lepas Datuk Seri Zahrain Hashim, MP Kulim Bandar Baru Datuk  Zulkifli Nordin, MP Nibong Tebal Tan Teng Beng, MP Wangsa Maju Wee Choo Keong, dan MP Bagan Serai Mohsin Shamsuri.

Manakala ADUN pula dari Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong, Adun Lunas, Md Radzi Salleh, dan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Selain itu, bekas calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim keluar parti bersama penyokongnya sebelum ambil alih sebuah parti lain dan tukar nama jadi parti KITA sebagai tempat baru penyokongnya.-14/12/2011 OLEH HELME HANAFI


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.