18September2014

Gempak 30,000 nak hadir bantah Felda...tak sampai 1,000 muncul

oren-leadxx111
oren2yy
Ramai juga wartawan dan jurugambar yang standby di ibupejabat Felda di Jalan Semarak Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

Ini gara-gara ' gempak sakan' Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman PAS kononnya 30,000 peneroka akan turun berdemo  di situ menuntut Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad letak jawatan dan protes harga saham Felda Global Ventures Berhad yang jatuh.

Kalau betul ramai bagai digembar gembur tentu macam-macam hal yang panas bakal disaksikan di depan ibupejabat Felda itu.

Tunggu punya tunggu tak sampai 1,000 yang muncul .Tengok dari muka pun tahu hanya segelintir sahaja peneroka dan selebihnya ahli dan penyokong PAS.

Kalangan wartawan hanya tersenyum dan gelak sesama mereka melihat situasi itu.

Apa nak kata inilah akibatnya orang yang tak kerja nak cari kerja dan orang yang tidak ada isu nak bikin isu untuk meraih kepentingan politik.

Selain Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, hadir sama ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ,ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Semasa berarak ke ibupejabat Felda dari Masjid Universiti Teknoloji Malaysia dekat situ mereka membawa sama patung Isa serta sepanduk mengecam beliau dan kerajaan.

Mereka menyerahkan memorandum yang antara lain menuntut Isa yang dijadual tamat tempoh kontrak jawatan pada 31 Disember ini tidak disambung lagi.

Mazlan dan kawan-kawannya tidak sendirian di situ.Kira-kira 300 orang dari Majlis Belia Felda turut berkumpul membantah tindak tanduk ANAK.

Polis telah bertindak memastikan dua kumpulan berkenaan teroisah antara satu sama lain.

Wakil Majlis Belia Felda cuba menyenrahkan memorandum bantahan kepada Mazlan tetapi beliau menolaknya.

Katanya dia datang ke situ untuk serah memorendum bukan menerima memorendum.

Kedua-dua kumpulan telah bersurai sekitar jam 3 petang.

Pakatan pembangkang diketahui umum cukup cemburu dengan berbagai kejayaan Felda.

Ini kerana Felda dianggap merupakan fixed deposit bagi Barisan nasional.

Macam-macam fitnah ditabur keatas Felda kebelakangan ini termasuk yang serius mendakwa konon ia bangkrap.

Sedangkan Felda sudah terbukti memberi pelbagai imbuhan dan berjaya meningkatkan taraf hidup kalangan peneroka.- 28/12/2012- OLEH MOHAMED HIEKAL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1016  tetamu dalam talian