16November2018

Gaduh sana...kecoh sini…bolehkah rakyat menaruh harapan pada PKR ?

Ini bukan fitnah dan ini juga bukan khabar angin dan andaian.Semua orang boleh melihat sendiri menerusi beberapa klip video yang viral pada Sabtu pasal insiden pergaduhan dan kekecohan semasa pemilihan PKR di Keningau,Sabah.
 
Juga jangan lupa insiden ini bukan pertama kali berlaku.Sebelum ini aksi ganas antara penyokong Rafizi Ramli dan Datuk Seri Azmin Ali yang berentap untuk jawatan Timbalan Presiden sudah berlaku di beberapa tempat.
 
Selain insiden kerusi terbang di Seberang Jaya Pulau Pinang pergaduhan dan kekecohan juga meletus di beberapa tempat Kedah,Johor,Selangor.
 
Ada yang ditahan polis segala macam.
 
Dalam kejadian di Keningau ada kalangan saksi yang kata mereka naik takut melihat aksi ganas kalangan penyokong.
 
Bayangkan ada yang bertindak mengoyak jaring dawai bangunan untuk menerjah ke dalam dewan ketika kekecohan memuncak hingga polis terpaksa campurtangan.
 
Ejek mengejak dan hamburan kata kata kesat kedengaran antara penyokong dua pemimpin.
 
Rafizi sendiri mendakwa beliau dipukul dari belakang ketika sedang diringi keluar dari dewan pusat undian.
 
Ketua Polis Sabah Datuk Omar Mammah mengesahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau menerima laporan polis daripada Rafizi pada 5.00 petang.
 
Keadaan sekarang seolah kecoh dan gaduh berpisah tiada semasa pemilihan PKR.
 
 
Ini diburukan lagi dengan masalah teknikal dalam sistem e-undi yang menyebabkan beberapa kali pemilihan terpaksa ditangguhkan.
 
Apa yang menarik kalangan pimpinan utama PKR seolah olah ‘buat tak faham’ pada segala insiden yang sungguh memalukan ini.
 
Semua ini mencetuskan persoalan mengenai kredibiliti parti yang merupakan gabungan terbesar dalam kerajaan Pakatan Harapan sekarang.
 
Kata orang kalau parti sendiri tidak dapat diurus dan dikawal dengan baik bagaimana hendak memimpin dan urus tabir sebuah negara.
 
Bolehkah rakyat menaruh harapan untuk bersandar kepada parti yang sentiasa diselubungi oleh kekecohan dan pergaduhan?
 
Zaman dulu kalau sebut mengenai pergaduhan dan baling kerusi ketika mesyuarat tidak lain tidak bukan semua orang akan toleh kearah MIC.
 
Namun kini imej ‘parti gaduh’ sudah lekang dari MIC.
 
Nak kata lawak menang lawak…baru baru ini Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S K Devamany telah menawarkan diri untuk mendidik PKR mengenai cara mengadakan pemilihan parti tanpa sebarang kekecohan.
 
Menurut Devamany MIC sebuah parti yang memiliki pengalaman luas mengadakan pemilihan dan sedia berkongsi pengalaman mengendalikan proses undian secara lancar.
 
Katanya walaupun berbeza parti dan kini menjadi pembangkang beliau kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku semasa pemilihan PKR  sekarang.
 
"Walaupun PKR bukan sebahagian daripada BN, saya sedih dengan pemilihan parti tersebut.
 
"Saya juga sedia berkongsi pengalaman dengan PKR supaya parti tersebut dapat mengadakan pemilihan dengan lebih lancar pada masa akan datang," katanya.
 
UMNO yang sudah wujud 72 tahun dan menjadi tunjang kerajaan BN dulu tidak pernah dilanda insiden gaduh dan kecoh semasa pemilihan parti.
 
Dengar cerita kuasa sebagai kerajaan sekarang makin membuat kalangan ahli dalam PKR ‘makin ganas’ hendak berebut jawatan.
 
Dalam keadaan tengah syok selepas menang PRU ke 14 jawatan siapa yang tidak mahu jadi Ketua Cabang,Ahli Majlis Pimpinan,Naib Presiden apa lagi Timbalan Presiden.
 
Semua sudah di depan mata untuk dicapai.-3/11/2018 
 
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1097  tetamu dalam talian