14Disember2018

Fitnah: Peguam Azeez Rahim hantar surat saman Guan Eng….

‘See you in court’…Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kena jawab pasal dakwaan yang mengaitkan Datuk Seri Azeez Rahim dengan isu pemberian wang RM3 juta untuk tutup siasatan SPRM keatas projek terowong di mahkamah.

Setelah tempoh empat hari diberi agar beliau tarik balik dakwaan dan mohon maaf secara terbuka peguam Ahli Parlimen Baling itu hantar surat saman fitnah ke pejabat Ketua Menteri itu dan rumahnya pagi Isnin.

Guan Eng sebelum ini kata sedia berdepan dengan Azeez di mahkamah.

Beliau masih nak berkeras sekalipun syarikat kontraktor Consortium Zenith Construction Sdn Bhd surat hantar surat rasmi tarik balik tuntutan dan mohon maaf kepada Azeez mengaitkan beliau dalam isu itu.

Seorang Datuk Seri yang didakwa terima RM19 juta dan seorang Datuk yang didakwa terima RM3 juta sudah ditahan reman oleh SPRM untuk siasatan kes berkenaan.Kedua mereka dibebaskan dengan jaminan.

Mereka dipercayai dakwa boleh pengaruhi SPRM tutup siasatan keatas projek terowong dasar laut yang diselubungi pelbagai kontroversi.

Azeez sebelum ini telah membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam pada 2 Mac lalu bila syarikat itu hantar surat tuntutan kepadanya.

Pada 5 Mac peguam Azeez hantar surat ke pejabat dan rumah Guan Eng bagi tempoh empat hari tarik balik dakwaan dan mohon maaf secara terbuka.- 12/3/2018

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 546  tetamu dalam talian