Rab05162012

Kemaskini terakhir06:09:10 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Politik Fitnah nahas pesawat, Yong Teck Lee kena bayar Harris Salleh RM1 juta

Fitnah nahas pesawat, Yong Teck Lee kena bayar Harris Salleh RM1 juta

  • PDF

yong_teck_lee_1Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini memerintahkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee (gambar) membayar RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh RM1 kerana memfitnah beliau berhubung nahas pesawat pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri ketika itu, Tun Mohd Fuad Stephens, dan 10 yang lain.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, berkata Yong bertindak di luar batasan dengan menyatakan bahawa "terdapat darah" di tangan Harris walaupun tidak salah bagi Yong meminta supaya satu siasatan semula diadakan berhubung tragedi itu.

Katanya beliau mendapati perkataan "jenayah" dan "pembunuhan" yang digunakan oleh Yong adalah satu fitnah terhadap Harris, yang mencetuskan spekulasi kononnya Harris tahu lebih awal bahawa sesuatu yang buruk akan menimpa pesawat jenis Nomad itu dan beliau (Harris) membiarkan Tun Fuad mati agar beliau dapat menjadi Ketua Menteri Sabah.

Harris memfailkan saman RM50 juta terhadap Yong sebagai defendan pertama, dan SAPP selaku defendan kedua, kerana mendakwa kononnya beliau ada kaitan dengan punca pesawat itu terhempas.

Hakim Abdul Rahman berkata beliau berpendapat RM1 juta merupakan jumlah yang adil dan wajar dengan mengambil kira semua aspek kes itu termasuk perilaku defendan dan juga hujahannya yang masih lagi memburukkan keperibadian dan kewibawaan Harris.

"(Perbuatan) ini amat kejam terhadap plaintif," katanya.-29/2/2012


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.