22Mei2018

Drama polis geledah rumah Najib pada malam Ramadhan...

Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali kata kerajaan baru pimpinanya tidak akan melakukan sebarang tindakan ‘balas dendam’ dan segalanya akan ikut peraturan undang-undang.
 
Namun ada yang mempersoalkan drama polis geledah rumah Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta selama enam jam pada malam Ramadhan.
 
Ia bermula pada jam 10.15 malam Rabu tidak lama selepas beliau kembali dari solat tarawih di Masjid Kampong Baru dan berlarutan hingga 4.25 pagi Khamis.
 
Malah Najib sendiri terlelap di aras sofa rumahnya ketika polis membuat pengeledahan.
 
Ramai wartawan dan jurugambar berkumpul di jalan masuk ke rumahnya untuk merakam suasana dari jauh.
 
Sebelum itu tersebar khabar angin konon Najib mungkin ditahan.
 
Turut digeledah polis pada waktu yang sama ialah sebuah kondominium milik keluarga bekas Perdana Menteri itu di Pavilion di Bukit Bintang.Urusan geledah di situ berjalan hingga jam 3 pagi.
 
Detik yang mencuri perhatian ramai itu bermula bila lebih 15 kereta polis dan trak Black Maria kelihatan masuk jalan menuju ke rumah Najib.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh mengesahkan polis menjalankan pengeledahan di rumah Najib.
 
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan ia dilakukan atas siasatan apa.
 
Peguam kepada bekas Perdana Menteri Datuk Harpal Singh Grewal yang ditemui wartawan selepas polis selesai buat pengeledahan memberitahu mereka tidak ambil sebarang dokumen.
 
Katanya mereka cuma ambil beg tangan,baju dan hadiah.
 
Najib dan keluarganya beri kerjasama penuh pada urusan polis itu.
 
Menurut Harpal siasatan berkenaan dibuat dibawah dibawah Akta Pengubahan Wang Haram.- 17/5/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 869  tetamu dalam talian