23November2017

Dewan Rakyat lulus Bajet 2018...

Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan bacaan peringkat dasar Undang-Undang Perbekalan 2018 atau Bajet 2018 selepas undian belah bahagi yang dituntut oleh ahli-ahli parlimen pembangkang.
 
Timbalan Speaker Datuk Seri Ismail Mohamad Said  memutuskan undian belah bahagi selepas selesai Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggulung perbahasan di peringkat Dasar bagi kementeriannya petang Isnin.
 
Bagaimanapun, ketika proses undian, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempengerusikan persidangan dan kemudian mengmumkan keputusan pengundian yang menyaksikan pihak kerajaan memperolehi 107 undi  manakala blok pembangkang hanya mendapat undi 59 undi,
 
Seramai 11 lagi ahli parlimen PAS  mengambil sikap berkecuali.
 
Perbahasan peringkat dasar Bajet 2018 berlangsung selama enam hari manakala tiga hari diperuntukkan kepada kementerian menjawab di peringkat dasar.
 
Selepas ini Bajer 2018 akan dibahas diperingkat Jawatankuasa selama 9 hari mulai esok sehingga 28 November.
 
Bajet 2018 dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tema ‘Memakmur Ekonomi yang Inklusif, Mengimbangi Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50,’ pada 27 Oktober.
 
Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25b, menyaksikan pertambahan peruntukan, berbanding RM260.8b peruntukan pada bajet tahun lalu.
 
Semasa perbahasan bajet kali ini, blok pembangkang berterusan menyerang mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan isu pengiraan cukai yang baru oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta bonus yang bakal diterima oleh kakitangan LHDN.
 
Daripada jumlah itu RM46 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan manakala RM234.25 bagi perbelanjaan mengurus.
 
Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dijangka mencecah RM239.86b pada tahun 2018.
 
Bajet kali ini disifatkan adalah yang paling penting, merupakan satu rumusan kepada prakarsa-prakarsa yang telah memacu ekonomi negara semenjak Najib menjadi Perdana Menteri.
 
Tunjang pertama Bajet 2018 adalah bagi merancak pelaburan, perdagangan dan industri.
 
Manakala jumlah pelaburan dalam negara pula dijangka meningkat 6.7 peratus.- 13/11/2017
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 620  tetamu dalam talian