19November2017

Dengar ini cerita... siapa yang malu

Dengar cerita ramai yang tergelak dengan gelagat kartun jentera pembangkang dan sewaktu dengannya yang masih mengigau dan tidak sedap badan dengan kemesraan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Donald Trump masa lawatan ke Washington baru ini.
 
Apa tidaknya... rasa sembilu melihat Presiden Amerika itu antara lain sambut dan hantar sendiri Perdana Menteri ke kereta waktu sampai dan nak balik.
 
Jadi jenuh mereka dok cari lubang mana nak 'putar dan putar' untuk tunjuk konon kedua mereka tidak mesra.
 
Cari punya cari...maka dapatlah klip video ringkas Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sedang lalu belakang meja Presiden Amerika itu sedang duduk masa majlis makan malam sewaktu sidang APEC di Da Nang,Vietnam hujung minggu lalu.

Kalau jenguk di media sosial ada yang galak sebar dan komen pasal gambar ini.
 
Waktu itu mereka hendak menuju ke tempat duduk di majlis itu.
 
Presiden Trump yang duduk sebelah Presiden Joko Widodo dan isteri bersembang dengan mereka ketika Najib dan Rosmah lalu belakang.
 
Hebat puak-puak ini boleh tafsir bahasa badan Trump segala macam konon buat tidak tahu saja dan tidak tegur Perdana Menteri dan isteri.
 
Macam kartun... ini pun nak dijadikan modal untuk persenda Perdana Menteri.
 
Apakah mereka nak teropong tengok kedua mereka tersengih dan tersenyum setiap saat dan sepanjang masa hadir bersama mesyuarat pada mesyuarat dan majlis-majlis sampingan sebagai tanda akrab dan kawtim.
 
Lojiknya ,contohnya kalau kita pergi kenduri kahwin... sudah sekali sapa dan tegur rakan atau saudara di situ tak kan nak tegur dan sapa setiap saat berselisih atau lalu belakang dia di majlis itu.
 
Selain di APEC Najib dan Trump akan bersua lagi di sidang kemucak ASEAN di Manila yang sedang berlangsung sekarang.
 
Seorang wartawan yang pernah buat liputan satu sidang antarabangsa dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad masa beliau Perdana Menteri dulu pernah bercerita kepada rakan-rakan bagaimana dia melalui pengalaman merasa 'sangat malu' melihatnya terkontang kanting sendirian.
 
Ini berlaku sewaktu satu majlis resepsi para pemimpin yang hadir sidang itu bertemu dan ramah mesra dengan para wartawan yang membuat liputan.
 
Waktu itu para wartawan antarabangsa kelihatan berkerumum dan bersembang dengan ramai kalangan pemimpin lain untuk mendengar pandangan mereka segala macam.
 
Ramai atau tidak serta keghairahan wartawan untuk kerumum bersembang - biasanya adalah petanda populariti seseorang pemimpin itu dikaca mata media antarabangsa.
 
Sedangkan Dr Mahathir terkial-kial keseorangan dalam majlis ditemani pegawai Malaysia tanpa ada wartawan yang hampiri untuk sembang dengannya. Apa rasanya...malukan.
 
Jadi kalau setakat nak main ' tembak' kosong dari kedai lopi...agak-agaklah.
 
Ini belum lagi masuk kisah Dr Mahathir guna khidmat pelobi antarabangsa yang kena bayar duit untuk tolong lobi atur pertemuan dengan Presiden George Bush pada 2002.

Berjuta dibayar kepada pelobi itu untuk atur pertemuan itu.
 
Sedang pertemuan antara Najib dan Trump free saja dan jangan lupa ia atas undangan rasmi Presiden Amerika itu sendiri.

Jadi kalau nak buka cerita... janganlah yang boleh bikin sendiri malu.- 13/11/2017


PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 491  tetamu dalam talian