Barangkali kerana ketegasan penganjur, moderator dan sikap sporting penyokong-penyokong, debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di Hotel Berjaya, di ibu negara petang Sabtu lancar tanpa kejadian tidak diingini.
Lebih 800 orang mewakili kedua-dua parti memenuhi kerusi dalam dewan manakala kira-kira 200 lagi berada di lobi hotel menyaksikan debat itu lebih sejam itu melalui skrin besar.
Dewan sesekali gamat bila sebilangan penyokong bangun, bersorak dan bertepuk tangan menyokong apa dihujahkan sama ada oleh Soi Lek mahupun Guan Eng.
Suasana di lobi lebih riuh kerana tiada kawalan berbanding dalam dewan apabila sesekali pegawai penganjur dilihat cuba mententeramkan penyokong parti yang terlalu ghairah menyokong ‘boss’ mereka.
Soi Lek nyata menguasa tempoh debat berajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'.
Beliau nampak cool menjawab hujah Guan Eng berbanding pemimpin DAP itu yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu nampak emosi apabila diasak banyak soalan oleh penyokong parti.
Terdahulu, moderator Tan Ah Chai, yang juga ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur –Selangor berjaya mengawal sesi berkenaan selepas Soi Lek diberikan peluang memulakan debat tersebut.
Soi Lek mendalwa DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang.
Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.
Katanya, DAP juga mempromosi politik kebencian untuk mendapatkan kuasa.
DAP hari ini, kata Soi Lek berbeza daripada DAP dulu. DAP sekarang bekerjasama dengan Pas dan membenarkan PAS mendominasi pembangkang.
Menariknya, apabila soalan dibuka kepada penyokong parti, majoriti menghentam Guan Eng.
Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati oleh ‘suara misteri’ yang tiba-tiba bergema mengkritik kerana hanya penyokong MCA dibenarkan bertanya soalan sedangkan moderator meminta sesiapa mahu bertanya, supaya beratur.
Kebetulan ramai penyokong MCA yang beratuur terlebih dahulu.
Kemunculan ‘suara misteri’ itu bukan sahaja menyebabkan semua hadirin tertanya-tanya tetapi penganjur dan petugas keselamatan juga kelihatan terpinga-pinga.
Mereka berusaha mengesan individu yang membangkitkan rasa tidak puashati itu yang berjaya menggunakan audio suara.
Selain itu, seorang penyokong MCA yang bertanya soalan dalam bahasa Melayu turut menarik perhatian.
Beliau bertanya Guan Eng kenapa PAS mengharamkan wayang kulit dan Mak Yong selepas parti itu menguasai Kelantan sedangkan dua jenis hiburan itu adalah warisan kebudayaan.
Apapun, sekali imbas jelas Soi Lek lebih matang berdepan soalan dan menjawab setiap dakwaan Guan Eng termasuk kononnya kerajaan dan pemimpin BN terbabit rasuah.
Antara jawapan menarik Presiden MCA itu, selepas 63 tahun BN, soal rasuah dapat ditangani walaupun masih ada kelemahan sebaliknya pakatan pembangkang dalam tempoh hanya tiga tahun sudah menunjukkan terbabit gejala itu.
Dalam sidang media bersama selepas depat itu, Soi Lek menjelaskan, debat itu bukanlah untuk tentukan sama ada MCA atau DAP menang kerana yang menang pastinya rakyat yang dapat membuat keputusan selepas mendengar pendirian kedua-dua parti dalam isu tersebut.
Kedua-dua mereka bersetuju debat seumpama itu diteruskan termasuk membabitkan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Guan Eng juga menyifatkan debat itu satu sejarah kerana buat pertama kali pemimpin tertinggi kedua-dua parti dalam sepentas.
Ini adalah langkah kecil sebelum langkah lebih besar katanya.
Namun, DAP nyata mengharapkan debat ini sebagai modal politik mereka bagi menarik lebih ramai sokongan masyarakat Cina kepada parti tersebut.
Guan Eng tidak dapat menyembunyikan niat itu apabila menyatakan perkara itu dalam satu sidang media lain selepas itu.
Jelaslah, debat ini hanya mainkan politik DAP kerana jalannya juga dirintis parti itu.
Cuma komponen BN jangan tertelan umpan atau terperangkap jerat DAP menjelang PRU ke 13.
Tambahan pula, DAP sudah mula mencanang isu supaya Najib juga berdebat dengan Anwar Ibrahim selepas ini.-18/2/2012- OLEH ROSLAN BIAN
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







