25September2017

DAP terjerut isu gambar intim yang didakwa Zairil-Dyana...



Siapa yang cari penyakit? Senang cakap kalau itu yang sendiri bikin...jawabnya sendiri tanggong.Makanya dua pasangan sejoli dari parti DAP Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Mohd Daud kena terima dengan hati terbuka mereka kini duduk di carta paling top gosip politik.
 
Zairil seorang Ahli Parlimen,sudah beristeri dan ada dua anak.Dyana pula gadis cantik manis yang bujang trang tang tang.
 
Semua orang tahu kedua mereka beragama Islam.

Dalam istilah berumahtangga ini kes main kayu tiga.
 
Nampaknya jenuh kini mereka sedang bersilat untuk lepaskan diri dari pendedahan terbaru gambar-gambar kelakuan ' sangat tidak wajar' seorang lelaki dan wanita yang seiras dengan wajah mereka.
 
Zairil ambil jalan menafikan lelaki itu adalah dirinya.
 
Dyana pula masih tidak mahu mengesah atau menafikan itu dia sebaliknya dakwa ia satu serangan peribadi kerana pilihanraya umum ke 14 sudah dekat.
 
Kata orang jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak.Jadi kalau sudah masuk dua belah kaki dalam politik siapa saja harus siapa sedia hadapi apa jua risiko.
 
Apa lagi kedua mereka sudah ada status public figure - seorang Ahli Parlimen dan seorang lagi pernah bertanding pilihanraya serta menjadi ikon Melayu muda dalam DAP.
 
Kita semua masih ingat bagaimana Dyana tampil dengan kain kelumbung ibarat pijak semut pun tidak mati semasa kempen pilihanraya kecil kawasan Parlimen Teluk Intan dulu.
 
Jika benar itu gambar mereka berdua...sudah pasti ramai yang bertanya apakah itu standard moral orang yang hendak 'dijual' oleh DAP untuk jadi wakil rakyat.
 
Sebagai orang Islam persoalannya tentu jadi lebih berat.
 
Soal pencerobohan privasi atau kena intip tidak harus dijadikan modal untuk pertahan diri jika itu benar mereka berdua.
 
Pokoknya jika mereka tidak berkelakuan begitu tiada siapa yang boleh jadikan mereka sebaagai sasaran.
 
Ini lebih-lebih lagi kalau kita berbalik kepada ayat 'sendiri bikin sendiri tanggong'.
 
Jika benar...tiada siapa yang suruh mereka berkelakuan begitu kecuali atas kehendak hati sendiri.
 
Lagi pun ini bukan pertama kali gambar intim yang didakwa sebagai mereka pernah didedahkan.
 
Kini satu Malaysia sedang teropong apa langkah yang hendak diambil oleh DAP terhadap isu moral orang penting yang beragama Islam dalam parti itu.
 
DAP sentiasa cuba jual diri sebagai parti yang telus dan terbuka.
 
Kita tunggu dan lihat.
 
Setakat ini apa yang kita dengar macam pimpinan DAP merasa mereka terjerut dengan isu Zairil-Dyana ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilaporkan berkata berkata beliau akan mengarahkan Zairil untuk "memberi penjelasan" tidak lama lagi dan menasihatkannya supaya berdepan dengan media.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata pencalonan Dyana Sofya untuk bertanding di kerusi parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan DAP pusat.
 
Beranikah DAP buat siasatan terbuka untuk beri jawapan pasti tentang pendedahan ini?
 
Berbeza dengan pendedahan lampau..kali ini orang Melayu khususnya ingin jawapan.
 
Ini bukanlah kes yang terlalu rumit untuk disiasat.
 
Paling tidak siasat lokasi dan tentukan betulkah kedua Zairil dan Dyana berada di situ pada waktu itu.
 
Betulkah gambar itu direka mengunakan teknik photoshop atau lain-lain.
 
Melihat pada rentetan aksi di lima gambar yang didedahkan setakat ini ada pakar photoshop yang berpendapat bukan mudah untuk ubahsuai gambar jadi begitu.
 
Nafi...siapa pun boleh nafi ibarat kes video China Doll dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu sekalipun pihak polis sahkan 99 peratus tulen.
 
Setakat ini baru lima keping gambar aski romantik itu tersebar.
 
Siapa tahu... jangan pula nanti muncul pendedahan baru dikaitkan dengan pasangan itu yang boleh bikin DAP ' sakit jantung'.- 20/4/2017




loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 663  tetamu dalam talian