19November2017

DAP terima surat rasmi ROS arah pemilihan semula jawatan CEC…

Akhirnya DAP tidak boleh berdolak dalik lagi.Sebelum ini riuh minta surat rasmi dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai arahan perlu adakan pemilihan semula jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC).Pagi Isnin surat berkenaan sudah diterima.

Kini semua orang tunggu nak tengok apa keputusan rasmi parti itu samada nak ikut arahan atau tidak.

Ikut peraturan jika parti itu tidak patuhi arahan maka semua calonnya tidak boleh bertanding pilihanraya umum ke 14 kerana pemegang jawatan yang tandatangan surat watikah calon berstatus tidak sah.

Ketua Biro Undang-undang DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong,Gobind Singh Deo beritahu menerusi laman facebooknya  partinya terima surat rasmi ROS pagi Isnin.

Katanya pimpinan parti itu akan bermesyuarat Rabu ini dan akan keluar satu kenyataan selepas itu.

Isu dalaman DAP hangat bila ROS pada 7 Julai lalu mengeluarkan kenyataan media mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula jawatan CEC parti itu kerana menganggap pelantikan dan pemegang jawatan utama yang dibuat pada 29 September 2013 tidak sah.- 17/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 508  tetamu dalam talian