24Ogos2017

Dakwalah…kalau ada bukti kukuh – kata Hishamuddin pada DOJ



Kata orang takut kerana salah, berani kerana benar.Jadi bolehlah buat andaian sendiri tentang reaksi Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Hishamuddin Hussien mengenai kenyataan terbaru dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) pasal isu 1MDB.
 
Puak tertentu khususnya pembangkang kini sakan punya dok spin guna kenyataan DOJ itu untuk tembak kerajaan.
 
Sebaliknya Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menyifatkan kenyataan terbaru DOJ hendak menyita RM2.3 bilion aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak filem yang dibeli dengan dana yang didakwa digelapkan dari 1MDB,merupakan tindakan ulangan.
 
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pula menilai adalah amat jelas terdapat cubaan pihak tertentu menggunakan kuasa asing melalui DOJ untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  dengan lempar pertuduhan tanpa mengikut lunas keadilan sebenar.
 
Hishamuddin yang diminta mengulas isu berkenaan dalma sidang akhbar selepas majlis taklimat panduan pilihanraya di Pusat Dagangan Dunia Putra,(PWTC),Kuala Lumpur Ahad steady dan cool saja menjawabnya.
 
Beliau sebaliknya mencetuskan persoalan mengenai tindak tanduk DOJ buat kenyataan demi kenyataan tanpa ambil tindakan.
 
“Saya nak nasihatkan DOJ kalau mereka ada bukti kukuh…dakwalah.Jangan buat kenyataan demi kenyataan tanpa ambil tindakan,”katanya.

 
Menurut Hishamuddin bila DOJ dakwa  (hal itu di mahkamah) maka orang yang didakwa ada ruang untuk bersihkan nama masing-masing dan inilah baru keadilan.
 
Naib Presiden UMNO itu kata beliau nampak kenyataan DOJ ini bukan pertama kali kerana sebelum inipun ada kenyataan kenyataan.
 
Apapun beliau tidak dapat menilai apa motif disebalik tindak tanduk DOJ ini.|
 
Beliau melihat persepsi yang diwujudkan oleh DOJ satu tindakan yang tidak bertanggongjawab dimana ia buat kenyataan demi kenyataan membolehkan pihak tertentu ambil kesempatan menangguk di air keruh.
 
“Apa pertimbangan dia (DOJ) orang..dia saja yang tahu..kadang-kadang pertimbangan politik…sebab kemarahan..
 
“Tapi hanya melalui kenyataan-kenyataan ..akhirnya kalau tak ambil tindakan..kredibiliti DOJ itu sendiri boleh dipertikai,”katanya.

Diminta ulas mengenai kesan isu DOJ ini semasa pilihanraya umum ke 14 nanti,Hishamuddin kata hal berkenaan terserah pada rakyat menentukan.
 
“Isu DOJ  ini di luar kawalan kita..di Amerika buat kenyataan...kita nak buat macam mana,”katanya.
 
Atas sebab itu kata Hishamuddin beliau sentiasa menyeru jentera BN akan terus menerus beri tumpuan selesaikan isu rakyat bawahan.
 
Sebagai contoh beliau menyekut mengenai kejadian gajah-gajah liar musnahkan tanaman di kawasan pilihanrayanya di Semberong,Johor yang sudah akibatkan kerugian lebih RM1 juta.
 
Beliau berpendapat pendekatan berkenaan lebih berkesan.- 18/6/2017 - OLEH MOHAMED HIEKAL
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 862  tetamu dalam talian