12Disember2018

Dakwaan wang GST RM18 billion ‘hilang’ : Jangan main tuduh untuk salahkan kerajaan BN dulu – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang ulas isu wang GST RM18 billion mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan tidak main tuduh dengan tujuan mewujudkan persepsi letak semua kesalahan pada kerajaan BN yang lalu.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang serentak dengan itu menolak dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng  wang GST itu ‘dirompak’ oleh kerajaan BN.

ini gara gara Guan Eng dakwa wang GST untuk tujuan bayaran balik yang sepatutnya ada RM19.4 billion kini cuma tinggal RM RM1.4 billion sahaja.

Ditemui wartawan di lobi Parlimen Khamis Zahid berkata beliau percaya wang berkenaan masih berada dalam akaun yang disatukan milik kerajaan.

“Saya tidak fikir itu satu kehilangan kerana ia dimasukkan ke dalam akaun yang disatukan.

“Jadi, wang itu harus berada dalam kumpulan dana yang disatukan itu,” katanya.

Menurutnya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan  seharusnya tidak mengamalkan sikap blame game, seolah-olah mereka masih lagi pembangkang.

“Kalau mereka tidak boleh menyelesaikan masalah itu serahkan kepada kami sebagai kerajaan, kami akan selesaikannya dan mencari jalan untuk menyelesaikan,” katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri  percaya  wang bayaran balik GST itu dibelanjakan untuk pelbagai projek yang ditentukan melalui bajet kerajaan.

“Wang itu dibelanjakan untuk pelbagai projek yang ditentukan melalui bajet, sama ada mengikut ucapan belanjawan atau di luar ucapan belanjawan.

 

“Maka peruntukan tambahan perlu dikemukakan di dalam dewan untuk dibahaskan, jadi jangan menuduh dengan tujuan mewujudkan persepsi semuanya kesalahan kerajaan yang lalu,” tegasnya.- 9/8/2018

 

 

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 297  tetamu dalam talian