22Mei2018

Daim ingatkan jangan nak tukar PM dari Dr Mahathir ke Anwar sekarang…

Budak budak PKR,DAP dan PAN tolong main jauh-jauh dulu.Jangan nak melebih.
 
Tun Daim Zainuddin yakni orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai Penal Penasihat Kerajaan tidaklah cakap begitu.
 
Namun mesejnya cukup jelas jangan sekali-kali tidak sabar nak tolak bosnya sekarang.
 
Daim mengingatkan tindakan untuk menukar Perdana Menteri dari Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang adalah sesuatu yang tidak bijak kerana sebarang peralihan kuasa sepatutnya berlaku pada pertengahan penggal.
 
Ini bila beliau berkata dalam temu bual dengan akhbar Singapura, Straits Times yang disiar Selasa, “Sama ada anda suka atau tidak, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya."Jika anda mungkir janji kepada rakyat, mereka tidak akan percaya anda lagi." 
 
Ikut cakap Daim bahawa beliau telah berjumpa dengan Anwar yang masih dalam penjara baru-baru ini untuk menyampaikan mesej itu.
 
Kalau mereka tidak faham cakap Daim itu elok sangat pergi terjun lombong.
 
Agak selamat untuk buat andaian bekas Menteri Kewangan ini nak ‘sekolahkan’ mana mana puak terkinja-kinja nak terus angkat Anwar yang dijangka dibebaskan dari penjara Rabu ke puncak kuasa.
 
Hello…Daim seolah nak ingatkan mereka Dr Mahathir lah orang yang jayakan cita-cita mereka untuk tumbangkan kerajaan BN dan bukan Anwar.
 
Pakatan yang diketuai Anwar sejak disingkirkan pada 1998 kerana kes liwat dan rasuah gagal tumbangkan BN pada empat pilihanraya umum sebelum ini yakni pada 1999,2004,2008 dan 2013.
 
Anwar perlu lalui proses dapatkan pengampunan diraja selepas dibebaskan untuk membolehkannya dapat ‘ lesen’ bertanding pilihanraya atau dilantik ke jawatan politik.
 
Jika tidak beliau tidak boleh bertanding atau pegang sebarang jawatan selama tempoh edah selama lima tahun.
 
Mahathir sudah berjanji nak bagi laluan pada Anwar jadi Perdana Menteri dalam masa dua tahun.
 
Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan itu pada Selasa menerusi interbiu dengan Wall Street Journal sendiri mengulangi hal itu. 
 
Dr. Mahathir tidak menolak kemungkinan kekal menjawat jawatan Perdana Menteri yang disandang hari ini sehingga dua tahun akan datang.
 
Menurutnya beliau akan memainkan peranan di sebalik tabir setelah melepaskan jawatan kelak.
 
“Di peringkat awal mungkin berlanjutan satu atau dua tahun, saya akan menjadi Perdana Menteri. Saya akan memainkan peranan di sebalik tabir, walaupun sudah meletak jawatan,” katanya.
 
Dr. Mahathir menambah, selepas pembebasan itu, Anwar perlu bertanding bagi memperolehi kerusi Parlimen dan mungkin selepas itu diberikan jawatan dalam Kabinet kerajaan.
 
Bagaimanapun jelas Perdana Menteri, Anwar akan memainkan peranan yang sama dalam pakatan iaitu sebagai pemimpin kepada tiga lagi parti lain dalam Pakatan Harapan.

Ramai kalangan pemerhati politik menilai jika dilihat dari sudut mormal kedudukan Dr Mahathir dalam kerajaan Pakatan Harapan agak unik ibarat telor dihujung tanduk.

Ini kerana sekalipun mengetuai gerakan tumbangkan kerajaan BN parti pimpinanya PPBM yang belum didaftarkan lagi adalah pihak minoriti dalam gabungan tidak rasmi itu kerana cuma ada 12 kerusi Parlimen.

Sekalipun imejnya dijual untuk raih undi pada PRU 14 namun beliau berpijak atas platform yang diteraju utama ialah PKR,DAP dan PAN.- 15/5/2018
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1133  tetamu dalam talian