15November2018

‘Copy paste…rebranding”…sambut Bajet 2019 Pakatan Harapan

Ahli Parlimen BN Parit Sulong,Datuk Noraini Ahmad kedengaran memekik ‘copy paste…rebranding’ sejurus sesi sidang Parlimen ditangguhkan selepas pembentangan bajet 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada petang Jumaat.
 
Guan Eng mengambil masa dua jam sepuluh minit untuk bentangkan bajet pertama kerajaan Pakatan Harapan itu.
 
Mereka yang sudah biasa mengikuti pembentangan bajet sejak zaman kerajaan Barisan Nasional dulu mengaku ‘letih’ terpaksa pasang telinga sebegitu lama.
 
Malah ada yang kata kebanyakan hal macam pernah dengar masa zaman BN dulu.
 
Seperti diduga Guan Eng telah mengunakan pembuka ucapan pembentangan dan penutup untuk kitar semula dakwaan terhadap kerajaan BN dulu.

Ketika itu suasana dewan gamat seketika dengan sorakan balas mengecamnya oleh kalangan Ahli Parlimen BN.
 
Guan Eng juga ‘ angkat bakul’ sakan kerajaan PH khususnya Perdana Menteri Tun DR Mahathir Mohamad.
 
Sebelum itu Ahli Parlimen BN Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Radin keluar lebih awal dari dewan.
 
Beliau beritahu wartawan di lobi parlimen tiada benda baru dalam bajet itu.
 
Malah beliau menilai bajet itu cuma sambungan bajet BN dulu.” Ia seperti plagiarism (cetak rompak)," katanya merujuk kepada Bantuan Sara Hidup yang seperti BR1M.
 
Ahli Parlimen BN Rembau Khairy Jamaluddin juga tidak nampak ada yang menarik pada bajet ini kecuali meniru banyak inisiatif dari kerajaan BN dulu.
 
Katanya sekalipun ada juga benda benda positif namun secara keseluruhan ia kurang ‘sentuhan’ pada rakyat.
 
Harapan untuk mendengar berita besar yang mengembirakan pasal harga minyak dan tol tidak kedengaran.
 
Guan Eng cuma umum kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.
 
Sunsidi berkenaan adalah terhad pada sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.
 
Menurutnya mekanisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua 2019.
 
Beliau juga mengumumkan kerajaan akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor, mulai 1 Jan 2019 dengan implikasi kewangan kira-kira RM20 juta setahun.
 
Katanya kerajaan akan membekukan kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019 yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM700 juta.
 
Sementara itu bekas Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak mempersoalkan keputusan kerajaan PH hendak mengapungkan semula harga RON95.
 
Menerusi facebooknya beliau bertanya bukankah menjelang PRU14 lalu PH telah berjanji untuk turunkan harga minyak jika berjaya menawan Putrajaya dari BN.
 
“Dimana RM1.50 satu liter hilang?” katanya.- 2/11/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 428  tetamu dalam talian