
Seorang pakar DNA dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tarikh pada dua bekas sampel sepatutnya disahkan dan dibetulkan sebelum analisis dibuat pada sampel yang diambil daripada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dr Brian McDonald, dari Australia, saksi keempat pihak pembelaan, berkata ahli kimia Dr Seah Lay Hong atau Nor Aidora Saedon sepatutnya membetulkan tarikh 26 Jun, 2008 yang tertera pada dua bekas sampel itu, sedangkan sebenarnya sampel itu diambil pada 28 Jun, 2008 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Ini merupakan amalan asas mana-mana makmal apabila mereka mendapati sebarang kesilapan, mereka perlu segera mengesahkannya, betulkannya dan dokumentasikan perubahan yang dibuat," katanya.
Kepada soalan seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, Ram Karpal Singh sama ada beliau dapati, berdasarkan keterangan kedua-dua ahli kimia, terdapat cubaan untuk membetulkan tarikh itu, Dr McDonald berkata tidak.
Beliau turut bersetuju dengan cadangan peguam bela itu bahawa ahli kimia berkenaan sepatutnya menolak sampel itu dan berusaha mengesahkan kesilapan itu dengan pegawai penyiasat Supt Judy Blacious Pereira.
Bernama melaporkan, dalam keterangannya sebelum ini, Dr Seah memberitahu hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, bahawa beliau telah mengguna pakai semua cadangan Persatuan Aantarabangsa Genetik Forensik dalam menjalankan analisisnya, khususnya sampel yang diambil daripada kawasan dubur Mohd Saiful yang kemudiannya beliau mengesahkan adalah milik tiga individu.
Katanya beliau menerima sebanyak 10 bekas sampel daripada Pereira pada 30 Jun, 2008 -- lapan daripadanya bertarikh 28 Jun dan dua lagi bertarikh 26 Jun.
Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Ditanya mengenai pendapatnya mengenai ketiadaan ujian air mani, Dr McDonald berkata prosedur itu amat penting dalam kes serangan seksual.
"Adalah penting untuk mengesahkan kehadiran sperma pada sampel yang diambil, dan mentafsirkannya dengan keputusan analisis makmal kemudiannya," katanya.
Prosiding juga menyaksikan pertikaman lidah antara Ram Karpal dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden apabila peguam itu membangkitkan isu akreditasi makmal-makmal Jabatan Kimia Malaysia.
Mohamed Yusof membantah apabila Ram Karpal cuba menunjukkan kepada Dr McDonald salinan surat bertarikh 5 April tahun ini dialamatkan kepada pengarah bahagian forensik jabatan itu Lim Kong Boon, daripada American Society of Crime Laboratory Directors (ASCLD), kerana beliau (McDonald) bukan penerima surat itu.
Surat itu menyatakan bahawa lembaga pengarah ASCLD masih menimbangkan permohonan jabatan itu bagi lanjutan enam bulan lagi bagi mendapatkan akreditasi ASCLD, dari 18 April, 2011 hingga 18 Okt, 2011.
Hakim Mohamad Zabidin menasihatkan peguam bela itu menghubungi Lim bagi pengesahan surat itu.
Ram Karpal memberitahu pemberita kemudiannya bahawa sapina telah dikeluarkan ke atas Lim.
Perbicaraan bersambung Jumaat.-25/8/2011
BERITA SEBELUM INI
Cerita air mani buat geleri awam sunyi...
Suasana ceria orang ramai yang memenuhi galeri awam bagi mengikuti perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sunyi seketika selepas pertanyaan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menyebabkan saksi pembelaan terdiam.
Mohd. Yusof ketika menyoal balas pakar patologi forensik Dr. David Wells bertanyakan soalan berikut;‘‘Untuk meletakkan air mani seseorang pada sesuatu sampel atau rektum, orang yang hendak meletakkannya perlu ada air mani orang tersebut bukan?’’
Soalan itu menyebabkan Dr. David Wells terdiam seketika dan pada mulanya enggan memberikan sebarang jawapan kerana baginya soalan itu lebih sesuai ditujukan kepada pakar asid deoksiribonukleik (DNA).
Selepas Mohd. Yusof menjelaskan bahawa soalannya tidak langsung menjurus mengenai kehadiran DNA dan hanya melibatkan air mani sahaja, Wells kemudiannya bersetuju dengan cadangan tersebut.
Soalan yang pada mulanya mengundang gelak tawa daripada mereka yang berada di galeri awam termasuk penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menyebabkan dewan mahkamah menjadi sunyi seketika selepas jawapan tersebut diberikan.
Soalan tersebut dikemukakan ekoran dakwaan pihak pembelaan sebelum ini yang menyatakan bahan bukti telah tercemar dan air mani Anwar telah diletakkan pada calitan-calitan putik kapas.
Mohd. Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan menimbulkan perkara tersebut hari ini semasa menyoal balas pakar patologi forensik dari Australia itu yang dilantik sebagai saksi pakar pihak pembelaan pada perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mohd. Yusof dalam hujah di akhir kes pendakwaan sebelum ini menyatakan, ‘tiada bukti bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ada menyimpan air maninya di bank sperma kecuali sekiranya pihak pembelaan mencadangkan air mani Anwar bertaburan di tempat kejadian.’
Terdahulu, saksi ketiga pihak pembelaan itu bersetuju bahawa bukanlah satu perkara yang asing bagi seseorang lelaki dewasa yang diliwat tidak menunjukkan sebarang kecederaan pada duburnya.
Persetujuan itu diberikan selepas Mohd. Yusof merujuk saksi tersebut kepada dua buah jurnal perubatan Clinical Forensic Medicine oleh W. D. S. McLay dan Expert Evidence oleh Freckelton & Selby.
Menurut kedua-dua jurnal tersebut, ketiadaan kecederaan pada mangsa tidak boleh menyebabkan sesuatu tuduhan serangan seksual diketepikan.
Malah, majoriti pengadu kes serangan seksual tidak menunjukkan sebarang tanda cedera yang nyata pada anggota sulit tidak kira lelaki atau wanita.
Mengenai isu lain yang dibangkitkan oleh Mohamed Yusof, pakar forensik itu berkata majoriti mangsa serangan seksual tidak menunjukkan tanda kecederaan pada alat kelamin mereka.
Beliau bersetuju bahawa "kurang separuh" daripada semua aduan serangan seksual mengalami kecederaan pada alat kelamin atau kawasan dubur.
"Jadi, bukan sesuatu yang ganjil jika tiada kecederaan dialami Saiful?," soal Mohamed Yusof dan Dr Wells bersetuju.
Pakar itu juga bersetuju dengan jurnal perubatan yang dibacakan oleh Mohamed Yusof bahawa sebahagian besar majoriti kecederaan pada alat kelamin atau dubur disebabkan oleh kemasukan alat tumpul, zakar, jari atau objek tidak bernyawa dan beberapa sebab yang boleh menjadi punca kepada ketiadaan tanda-tanda itu.
Menurut Dr Wells, faktor lain termasuk sama ada pelincir digunakan, sama ada perbuatan itu dengan persetujuan, tahap paksaan dan sama ada kelewatan dalam membuat laporan juga akan membolehkan kecederaan hilang.
Diperiksa semula oleh seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, S.N.Nair, Dr Wells bersetuju dengan pendapat peguam bela itu bahawa terdapat peningkatan kebarangkalian akan berlaku kecederaan jika tahap paksaan di pihak penyerang adalah tinggi.
Berhubung isu penemuan sperma di dalam rektum pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Wells sekali lagi bersetuju dengan laporan jurnal perubatan yang sama iaitu ‘kajian telah menunjukkan bahawa spermatozoa boleh ditemui di lokasi itu atau dubur sehingga tiga hari selepas hubungan seks luar tabii dibuat walaupun mangsa telah membuang air besar atau mandi.’
Beliau bagaimanapun turut menyatakan ‘tidak selesa’ untuk mengambil sesuatu sampel DNA selepas tiga hari.
Dalam kes yang dihadapi oleh Anwar, sampel DNA Mohd. Saiful Bukhari diambil di Hospital Kuala Lumpur(HKL) pada 28 Jun 2008, iaitu dua hari selepas kejadian dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong kira-kira 56 jam kemudian.
Pada prosiding hari ini, saksi itu turut bersetuju dengan tindakan doktor-doktor HKL yang tidak membuat sebarang tafsiran terhadap penemuan air mani pada beberapa sampel dalam laporan perubatan mereka dan hanya membuat tafsiran itu di mahkamah iaitu selepas laporan kimia ditunjukkan,
Selain itu, Wells menyatakan, beliau akan membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap mana-mana mangsa tetapi hanya akan melaporkan maklumat yang relevan dalam laporannya.
Sementara itu, Pengurus Pentadbiran Hospital Pusrawi, Yusni Ali memberitahu, ketika beliau mengambil alih tugas tersebut pada 17 Ogos 2008, fail pesakit bernama Mohd. Saiful Bukhari Azlan hanya mengandungi sehelai kertas iaitu ‘Rekod Perubatan Jabatan Kecemasan Pusrawi’.
Dokumen itu juga hanyalah salinan dan bukannya dokumen asal, kata saksi pembelaan keempat.
Menjawab pertanyaan Mohd. Yusof semasa sesi pemeriksaan balas, Yusni berkata, tiada sebarang laporan perubatan pesakit tersebut atau akuan bersumpah ditemui di dalam fail itu.
Semalam, bekas doktor di Jabatan Kecemasan hospital terbabit, Dr. Mohamad Osman Abd. Hamid memaklumkan, beliau ada menyediakan laporan perubatan Mohd. Saiful Bukhari dan menyerahkannya kepada seseorang yang didakwanya pegawai Hospital Pusrawi bernama Azlan.
Beliau yang kini bertugas di Institut Jantung Negara (IJN) juga memberitahu ada menandatangani satu akuan bersumpah selepas seorang peguam bernama Yusri dan pesuruhjaya sumpah bernama Anuar menemuinya dan menyakinkan beliau bahawa dokumen itu adalah untuk simpanan fail sulit.
Anwar. 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung pada Khamis.-24/8/2011
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







