12Disember2018

Calon BN diumum 7 ke 10 hari sebelum penamaan 28 April…

Teka teki mengenai tarikh Barisan Nasional akan umum nama calon yang muktamad untuk seluruh negara masih jadi teka teki.

Sebelum ini tersebar spekulasi kata pengumuman itu akan dibuat di PWTC hari ini.

Apapun mengenangkan tarikh penamaan calon yang ditetapkan oleh SPR pada 28 April ini maka ia dijangka dalam masa yang terdekat.

Setiausaha Agung BN/UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang ditemui wartawan pada satu majlis di Putrajaya Ahad kata pengumuman itu akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jangka masa 7 ke 10 hari sebelum penamaan calon 28 April.

Katanya setakat ini tarikh pasti belum ditetapkan.

( Hari ini 15 April…maka tarikh berkenaan boleh jangka 18 April keatas)

Mengulas mengenai cakap-cakap nama-nama calon BN berubah-ubah,beliau berkata itu cuma persepsi.

Beliau minta semua pihak bersabar dan tidak buat spekulasi mengenainya.

Beliau menjelaskan nama calon perlu lalui saringan bagi memastikan mereka yang dipilih benar-benar disukai rakyat.

“Kita tidak pilih calon disukai parti mahupun disukai orang tertentu, tetapi mestillah apa dimahukan rakyat.,”katanya.- 15/4/2018- OLEH LUKMAN ABDULLAH

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 332  tetamu dalam talian