15Oktober2018

Calon Bebas kacau daun...PRK Sungai Kandis tiga penjuru

Hajat semua pihak untuk melihat Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis,Selangor medan tempur antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sahaja tidak kesampaian.

Ini bila seorang calon Bebas Murthy Krishnasamy, bekas kakitangan kerajaan mencelah untuk bertanding.

Maka PRK yang pertama selepas Pilihanraya Umum ke 14 menjadi medan tiga penjuru.

Calon BN ialah ahli Majlis Tertinggi UMNO Datok Lokman Noor Adam manakala Pakatan Harapan dari PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Sebelum itu seorang ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM), Ahmad Kamaruddin juga masok untuk mendaftar di pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung Seksyen 19 Shah Alam.

Namun kemudian tidak jadi.Dakwanya terpaksa batal kerana Setiausaha Agung PRM telefon tidak benar beliau bertanding.

Murthy dari Klang ketika ditemui wartawan membayangkan beliau bertanding kerana ada tidak puashati dengan kerajaan sekarang.

Katanya ini negara demokrasi maka tidak salah beliau bertanding.

PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos ini diadakan ekoran kematian bekas ADUN Allahyarham Shuhaimi Shafie pada 2 Julai lalu.

Suasana penamaan calon biasa biasa sahaja.Tidak ada kejadian tak diingini berlaku sekalipun penyokong BN dan Pakatan Harapan saling bersorak arah satu sama lain.

Perarakan penyokong BN mengiringi Lokman ke pusat penamaan calon diketuai Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan.

Pihak Pakatan Harapan pula diketuai Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.- 21/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 363  tetamu dalam talian