Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Peguam Negara telah menyerahkan balik kertas siasatan berhubung Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) untuk polis menjalankan siasatan lanjut.
Serentak dengan itu beliau tidak mahu sesiapa buat sebarang andaian mengenainya.
Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Cheras,Kuala Lumpur Jumaat Khalid berkata polis akur dengan arahan Peguam Negara itu.
Katanya apa juga keputusan eloklah serah kepada Peguam Negara.
Minggu lalu Pengarah Jabaan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan memberitahu polis telah menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara dengan cadangan agar Pengerusi NFC didakwa atas pecah amanah.-2/3/2012
Polis hanya buat 'cadangan siasatan' agar Pengerusi NFC didakwa pecah amanah
National Feedlot Corporation (NFC) tidak perlu melatah dengan cadangan awal polis agar pengerusi syarikat itu didakwa dengan pertuduhan pecah amanah kerana ianya hanyalah satu cadangan siasatan daripada polis untuk Jabatan Peguam Negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, siasatan itu hanya cadangan untuk rujukan Peguam Negara bagi membuat sebarang keputusan terhadap dakwaan pecah amanah itu, sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang atau tidak.
"Kalau mereka (NFC) tak puas hati, itu terpulang kepada dia. Kita tetap jalankan tugas kita, kalau tidak, buat apa kita siasat?" katanya ketika dihubungi Bernama Isnin.
NFC menerusi satu kenyataan pada Ahad melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Syed Ismail sebelum ini supaya pengerusi syarikat itu, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail, didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT) kerana menyifatkan
kenyataan itu sebagai terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.
NFC mempersoalkan motif di sebalik kenyataan itu.
Isu NFC mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain terdapat dakwaan wujud penyelewengan peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
Syed Azizan berkata, memang menjadi tugas polis untuk menyatakan beberapa cadangan dalam setiap kertas siasatan yang akan dihantar ke Peguam Negara.
"Apa-apa pun terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat sebarang keputusan terbaik," katanya. -27/2/2012
Cadangan polis dakwa pecah amanah:NFC terkejut...PM kata hanya Peguam Negara berhak buat keputusan
"Saya tidak boleh membuat andaian apa akan berlaku dalam kes (National Feedlot Corporation) ini, sebab ia adalah merupakan budi bicara Peguam Negara mengikut Perlembagaan negara kita. Hanya beliau sahaja yang berhak buat keputusan,"
Itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Syed Ismail Syed Azizan Sabtu bahawa polis mencadangkan supaya Penguam Negara mendakwa Pengerusi Ekskutif NFC , Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail,yang juga suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, atas tuduhan pecah amanah (CBT).
Beliau berkata cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.
"Kertas siasatan ini akan dikembalikan ke pejabat AG (Peguam Negara) dalam masa terdekat," kata Syed Ismail.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Sekinchan semasa lawatan seharinya ke Selangor Ahad,Najib menjelaskan tanggungjawab polis menjalankan siasatan dan mendapatkan bukti secukupnya untuk Peguam Negara supaya jika kes itu dibawa ke mahkamah, pendakwaan kes itu dapat diterima mahkamah.
"Kita tidak boleh anggap bahawa semua siasatan akan berkesudahan dengan pendakwaan. Pendakwaan itu mesti mengambil kira peruntukan tertentu dalam perlembagaan.
Sementara itu NFC telah mengeluarkan satu kenyataan petang Ahad menyuarakan rasa terkejut dengan cadangan polis supaya Dr Mohamed Salleh didakwa atas tuduhan pecah amanah,
Ia berpendapat kenyataan itu diberikan terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.
"NFCorp terkejut dan bingung bahawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan itu terlalu awal sedangkan beliau sendiri mengakui siasatan masih berjalan dan dengan itu masih belum siap," menurut syarikat itu dalam kenyataan yang disediakan oleh firma perunding perhubungan awamnya.
Menurut kenyataan itu, syarikat sedang meneliti dakwaan polis itu atas nasihat peguamnya Shafee Abdullah.
Dalam kenyataan itu, NFC mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di sebalik kenyataan itu, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung perkara itu.
Isu NFC mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Ia langsung menjadi panas apabila pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. - 26/2/2012
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







