Kalau takut dipukul badai..usah berumah di tepi pantai – itulah cogankata blogger Amizudin Ahmat @ sharpshooterblogger.blogspot.com.
Selasa, badai betul-betul melanda blogger ahli PKR ini apabila diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar gantirugi RM300,000 dan kos mahkamah RM100,000 kerana fitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggambarkan beliau salah rogol pembantu rumahnya.
Ini gara-gara tulisannya di bawah tajuk Hei Pak Menteri...mana mau lari...yang disiarkan pada 28 Disember lalu.
Artikel di blognya itu telah disiarkan semula di laman web milik PAS Harakah Daily.
.
Pada 31 Januari lalu Rais fail saman fitnah terhadap Amizudin mendakwa artikel berkenaan berniat jahat memfitnahnya kerana membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.
Menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Zabariah Mohd Yusof.
Isu dakwaan hangat dimainkan oleh beberapa blog di negara ini dan juga dilaporkan oleh media Indonesia tidak lama dulu.
Bagaimanapun pembantu berkenaan sendiri yang pernah bekerja selama lapan tahun di rumah Rais telah mengeluar kenyataan menafikan semua dakwaan itu.-19/7/2011

Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah


