22Mei2018

Blackout di pengumuman calon BN Selangor... Noh yakin Selangor akan terang kembali

Apakah kejadian ini akan beri sebarang petanda? Bagi Tan Sri Noh Omar ia cuma ‘ gelap sementara’  selama dua penggal Selangor dibawah Pakatan pembangkang.

”Lepas ini Selangor akan diterangkan oleh BN”.

Itu kata Pengerusi BN Selangor gara-gara insiden beberapa kali berlaku blackout semasa majlis pengumuman nama-nama calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk pilihanraya umum  ke 14 di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam.

Dalam pada itu mikropon wireless yang diguna beberapa kali terputus.

Ini semua berlaku kerana dewan dalam bangunan UMNO Selangor itu terlalu sesak dengan pimpinan UMNO,calon,penyokong serta wartawan dan jurugambar.

Selari dengan azam BN untuk rampas kembali negeri primadona itu ia telah menurunkan barisan yang mantap untuk kerusi Parlimen dan DUN.

BN pada PRU13 cuma menang 12 dari 56 kerusi DUN dan 5 dari 22 kerusi Parlimen.

Antara muka baru yang ditampilkan ialah Exco Pemuda UMNO Sharil Sufian Hamdan untuk kerusi Parlimen Kuala Langat.

Noh kekal tanding Parlimen Tanjong Karang,Datuk Seri Imorhizam di Kuala Selangor,Budiman Mohd Zohdi di Sungai Besar dan Datuk Mohd Fasiah Fakeh.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang juga ketua gerakan merah Datuk Seri Jamal Md Yunus tidak bertanding.

Ketika berucap sebelum nama-nama calon diumum Noh menyuarakan rasa gembira dengan semangat perpaduan dikalangan ahli BN untuk hadapi PRU14.

Katanya antara yang sangat memberangsangkan ialah ada kalangan Ketua UMNO Bahagian dan serta ketua sayap Wanita,Puteri dan Pemuda yang tampil jumpa beliau untuk menyatakan mereka tidak berhasrat jadi calon untuk beri laluan kepada yang lebih layak.

Sementara itu, lebih dua pertiga daripada calon BN Selangor terdiri daripada muka baharu yang dipertaruhkan untuk memperkukuh misi merampas semula negeri tersebut.

Kesemua 57 calon baharu daripada keseluruhan 78 calon bagi 22 kerusi Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dinamakan untuk bertanding di 14 kerusi Parlimen dan 43 kerusi DUN pada 9 Mei ini.

Antara muka baharu yang dicalonkan ialah Ketua Wanita MIC Datuk M. Mohana yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Kapar dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari yang akan bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

Turut disenaraikan untuk bertanding buat julung kalinya ialah Anggota Dewan Negara Megat Zulkarnain Omardin yang akan bertanding di DUN Gombak Setia, Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Zein Isma Ismail (DUN Paya Jaras).

Ketua Wanita UMNO Bahagian Shah Alam Jumaeyah Masdi (DUN Kota Anggerik), setiausaha politik menteri pengangkutan Kang Meng Fuat (Parlimen Selayang), Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Selangor Khairul Anuar Saimun (DUN Meru), peguam Imran Tamrin (DUN Sungai Panjang) dan arkitek muda Lee Yee Yuan (DUN Sekinchan).

SENARAI NAMA CALON BARISAN NASIONAL SELANGOR

BIL KAWASAN NAMA


1 P.092 SABAK BERNAM DATUK MOHD FASIAH BIN MOHD FAKEH
2 N.01 SG AIR TAWAR TUAN RIZAM BIN ISMAIL
3 N.02 SABAK TUAN SALLEHUDDIN BIN MOHD. ISKAN

4 P.093 SUNGAI BESAR TUAN BUDIMAN BIN MOHD ZOHDI
5 N.03 SG PANJANG TUAN IMRAN BIN TAMRIN
6 N.04 SEKINCHAN LEE YEE YUAN

7 P.094 HULU SELANGOR DATUK P.KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN
8 N.05 HULU BERNAM DATUK ROSNI BINTI SOHAR
9 N.06 KUALA KUBU BAHARU DATUK WONG KOON MUN
10 N.07 BATANG KALI DATUK MAT NADZARI AHMAD DAHLAN

11 P.095 TG KARANG TAN SRI NOH OMAR
12 N.08 SG BURONG DATO SAMSUDIN LIAS
13 N.09 PERMATANG DATUK SULAIMAN ABD RAZAK

14 P.096 KUALA SELANGOR DATUK SERI IRMOHIZAM IBRAHIM
15 N.10 BUKIT MELAWATI TUAN JAKIRAN JACOMAH
16 N.11 IJOK PARTHIBAN A/L KARUPPIAH
17 N.12 JERAM TUAN ZAHAR AZLAN BIN ARIFFIN

18 P.097 SELAYANG TUAN KANG MENG FUAT
19 N.13 KUANG DATUK SHUKOR BIN IDRUS
20 N.14 RAWANG TUAN CHAN WUN HOONG
21 N.15 TAMAN TEMPLER DATO IR MD NASIR IBRAHIM

22 P.098 GOMBAK DATUK HAJI ABDUL RAHIM BIN PANDAK KAMARUDIN
23 N.16 SUNGAI TUA DATUK RAWISANDRAN A/L NARAYANAN
24 N.17 GOMBAK SETIA DATUK MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN
25 N.18 HULU KELANG TUAN ISMAIL BIN AHMAD

26 P.099 AMPANG LEONG KIM SOON
27 N.19 BUKIT ANTARABANGSA PUAN SALWA BINTI YUNUS
28 N.20 LEMBAH JAYA MUHAMAD NIZAM BI SHITH

29 P.100 PANDAN DATUK LEONG KOK WEE
30 N.21 PANDAN INDAH DATUK MOHD HANIFF BIN KOSLAN
31 N.22 TERATAI TUAN LIEW POK BOON

32 P.101 HULU LANGAT TUAN AZMAN BIN AHMAD
33 N.23 DUSUN TUA TUAN MD ZIN BIN ISA
34 N.24 SEMENYIH DATUK JOHAN BIN AZIZ
35 P.102 BANGI DATO LIEW YUEN KEONG
36 N.25 KAJANG TUAN TEH YEOH MENG
37 N.26 SUNGAI RAMAL MEJAR (B) ABDUL RAHIM BIN MOHD AMIN
38 N.27 BALAKONG LIM CHIN WAH

39 P.103 PUCHONG DATO ANG CHIN TAT
40 N.28 SERI KEMBANGAN TUAN CHANG TOONG WOH
41 N.29 SERI SERDANG DATO HJ MOHAMAD SATIM BIN DIMAN

42 P.104 SUBANG TUAN TAN SEONG LIM
43 N.30 KINRARA CHIEW KAI HENG
44 N.31 SUBANG JAYA MEJAR (B) CHONG AH WAT

45 P.105 PETALING JAYA DATO CHEW HIAN TAT
46 N.32 SERI SETIA DATUK YUSOFF BIN HM HANIFF
47 N.33 TAMAN MEDAN TUAN ABDUL MUTALIF BIN ABD RAHIM
48 N.34 BUKIT GASING CHAI KO THING

49 P.106 DAMANSARA TUAN HO KWOK XHENG
50 N.35 KAMPUNG TUNKU TAN GIM TUAN
51 N.36 BANDAR UTAMA CH’NG SOO CHAU
52 N.37 BUKIT LANJAN TUAN SYED ABDUL RAZAK BIN SYED AL SAGOOF

53 P.107 SUNGAI BULOH PAKAS RAO A/L APPLANAIDOO
54 N.38 PAYA JARAS DATO ZEIN ISMA ISMAIL
55 N.39 KOTA DAMANSARA DATUK HALIMATON SAADIAH BOHAN

56 P.108 SHAH ALAM DATUK AZHARI BIN SHAARI
57 N.40 KOTA ANGGERIK PUAN JUMAEYAH BINTI MASDI
58 N.41 BATU TIGA DATUK AHMAD MUA’ADZAM SHAH BIN YA’KOP

59 P.109 KAPAR DATO MOHANA MUNIANDY RAMAN
60 N.42 MERU TUAN KHAIRUL ANUAR BIN SAIMUN
61 N.43 SEMENTA TUAN SARONI BIN JUDI
62 N.44 SELATKELANG TUAN HAJI KHAIRI BIN HUSSIN

63 P.110 KLANG TUAN CHING EU BOON
64 N.45 BANDAR BARU KLANG TEOH KAH YEONG
65 N.46 PELABUHAN KLANG SHEIKH RAJESH BIN SHEIKH AHMAD
66 N.47 PANDAMARAN TEE HOOI LING

67 P.111 KOTA RAJA V.GUNALAN A/L VELU
68 N.48 SENTOSA DATUK SUBRAMANIAM T. RETNAM
69 N.49 SUNGAI KANDIS DATUK HAJI IR KAMARUZZAMAN BIN JOHARI
70 N.50 KOTA KEMUNING TUAN TIEW HOCK HUAT

71 P.112 KUALA LANGAT TUAN SHARIL SUFIAN HAMDAN
72 N.51 SIJANGKANG DATUK SULAIMAN BIN KARLI
73 N.52 BANTING PUAN NG SIOK HWA
74 N.53 MORIB PUAN ROZANA BINTI KAMARULZAMAN

75 P.113 SEPANG DATO MARSUM BIN PAING
76 N.54 TANJUNG SEPAT DATO DR KARIM BIN MANSOR
77 N.55 DENGKIL TUAN SHAHRUM BIN DATO MOHD SHARIFF
78 N.56 SUNGAI PELEK DATO NG CHOK SIN-23/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 693  tetamu dalam talian