Parti Cinta Malaysia (PCM) Isnin membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat tuntutan caj rawatan hospital timbalan presiden PAS Mohamad Sabu daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP).
Naib Presiden PCM Huan Cheng Guan berkata siasatan itu perlu dilakukan oleh SPRM kerana terdapat keraguan dalam tuntutan bayaran kos perubatan yang dilaporkan berjumlah RM8,434.05 sedangkan kos rawatan sebenar di Hospital Pakar KPJ di Selangor itu adalah sebanyak RM5,060.54 sahaja.
Bernama melaporkan katanya, selain itu tindakan Mohamad didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai Anggota Lembaga Pengarah perbadanan itu apabila membuat tuntutan berkenaan.
"Mat Sabu sebagai seorang bekas Ahli Parlimen layak untuk menerima rawatan kelas pertama di wad hospital kerajaan dan beliau telah membazir wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan laporan itu kepada SPRM di sini hari ini.
Beliau berkata PCM berharap SPRM menjalankan siasatan terhadap semua keraguan, kelayakan, cara tuntutan termasuk menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai Pengerusi PBAPP kerana meluluskan tuntutan itu.
Huan berkata Mat Sabu didakwa menerima rawatan dari hospital swasta berkenaan akibat kecederaan ketika terlibat dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas dan tiada kaitan langsung ketika menjalankan tugas untuk PBAPP.
Mohamad dilaporkan telah menerima bayaran balik perbelanjaan perubatan daripada PBAPP baru-baru ini.
Baru-baru ini Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican mendedahkan mengenai tuntutan kos rawatan Mohamad yang didakwa sebagai menyalahguna kedudukannya sebagai Anggota Lembaga Pengarah PBAPP dengan membuat tuntutan perubatan akibat kecederaan semasa menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur Julai lepas.-29/8/2011
Bil rawatan cedera sertai perhimpunan haram dibayar PBA: Bang Mat...sila jawab
Kalau mengikut jalan ceritanya ini kes menarik kerana ia melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Prinsip yang mereka digembar gembur selama ini anti-penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.
Jika betul bagai didakwa ia sudah jatuh kategori cakap tak serupa bikin.
Maka abang Mat dan Lim Guan Eng wajib keluar satu penjelasan segera tentang hal ini.
Ekoran pendedahan dalam laman blog, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Rezal Merican yang mengadakan sidang akhbar di Pulau Pinang Sabtu mendakwa berlaku korupsi dalam pembiayaan bil rawatan Mat Sabu di KPJ Selangor Specialist Hospital yang menelan belanja RM8,434 oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).
Beliau dimasukkan ke dalam hospital pada 15hb Julai jam 9:28 pagi dan keluar pada 18hb Julai 2011 jam 11:02 pagi dan menginap di bilik WVIP/VP katil nombor 520.
Timbalan Presiden PAS itu ialah seorang ahli lembaga pengarah PBA.
Siapa pun tidak berhak mempertikaikan pembayaran bil itu jika ia untuk rawatan sakit biasa.
Apa yang dipertikaikan ialah rawatan berkenaan kerana kecederaan semasa terlibat dalam perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.
Ingat kes beliau dakwa dilanggar kereta polis.
Video polis pula menunjukkan beliau terjatuh dari motosikal kerana terlanggar bahu jalan semasa berpatah balik apabila dipintas kenderaan polis di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur hari itu.
Jika merujuk kepada Collective Agreement (CA) PBAPP, terdapat klaus yang menyatakan bahawa syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan rawatan dan perubatan tersebut yakni sebarang perbelanjaan yang bersangkutan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya.
Bagi Rezal PBA tidak wajar menanggung pembiayaan bil berkenaan kerana Mat Sabu terlibat dalam satu perhimpunan haram.
Katanya kerajaan negeri jangan memekak tentang ketelusan dalam pentabiranya jika begini halnya.
Ini bukan dakwaan kosong.Pendedahan yang dibuat disertakan dengan bil hospital dan bayaran balik oleh PBA.
Ramai yang terkejut.Bos pembangkang pun rupanya galak juga dengan claim kemudahan sebagai lembaga pengarah.-27/8/2011
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







