24Jun2017

Bicara kes rasuah Guan Eng patutnya bermula 27 Mac ditangguh…

Kalau ikut jadual asal perbicaraan kes rasuah dan salahgunakuasa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon patut bermula pada 27 Mac ini.

Namun belum apa-apa berdasarkan perkembangan terbaru ini mula bicara kes itu ditangguhkan.

Ini setelah Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Hadhariah Syed Ismail membenarkan permohonan peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo menangguhkan perbicaraan bagi menunggu keputusan rayuan mencabar Seksyen 62 Akta SPRM 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah, di Mahkamah Rayuan.

Beliau cuma menetapkan pengurusan kes pada 25 April.

Pada 7 Mac lalu, mahkamah menolak dua notis usul difailkan Guan Eng dan Li Koon pada 6 Januari , untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta SPRM 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Kes mereka melibatkan pembelian banglo di Jalan Pinhorn oleh Guan Eng dari Li Khoon yang didakwa bawah harga pasaran.

Satu lagi dakwaan berkaitan Guan Eng salahguna kuasanya untuk menukar status sebuah tanah milik syarikat Li Khoon bagi manfaat mereka.

Mereka berdua mengaku tidak bersalah.- 20/3/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 689  tetamu dalam talian