23November2017

Bicara kes rasuah Guan Eng lambat lagi...

Nampak gayanya lambat lagi kalau nak tunggu dengar perbicaraan kes rasuah belian banglo yang didakwa bawah dari harga pasaran melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon yang juga penjual banglo itu.

Selain itu Guan Eng juga berdepan dakwaan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan.
 
Oleh kerana  satu proses rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya belum diputuskan lagi maka Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Selasa menangguhkan pengurusan kes mereka ke 15 Mac depan.
 
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Guan Eng dan Li Khoon tidak hadir dan diwakili oleh peguam masing-masing.
 
"SPRM mengemukakan rayuan mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebagai tidak berperlembagaan.

"Mahkamah hanya akan menetapkan tarikh perbicaraan bagi kes ini sejurus rayuan SPRM di Mahkamah Persekutuan selesai," katanya.

SPRM mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan ekoran keputusan penal tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 7 Ogos lalu bahawa Seksyen 62 Akta SPRM 2009 bercanggah dengan Perlembagaan.

Seksyen 62 Akta SPRM 2009 juga menetapkan tertuduh perlu menyerahkan antara lain pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan sebelum perbicaraan.

Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah semasa di dakwa di mahkamah pada 30 Jun 2016.- 14/11/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 613  tetamu dalam talian