Karpal Singh, N Surendran,R Sivarasa,Sa nkara Nair...dan segudang lagi peguam-hebat negara ini pasti akan datang berlari bila-bila masa Datuk Seri Anwar Ibrahim petik jari.
Soalnya...bodoh ke semua mereka ini?
Jawabnya tentu tidak.
"Hello..bro..why make a donkey statment ",Itu antara reaksi sinis berlegar sana sini yang boleh kami tolong sampaikan kepada Surendran yang tidak lama dulu dapat jawatan Naib Presiden PKR secara percuma yakni dilantik.
Peguam hebat ini Sabtu dakwa kenyataan salah seorang anggota trio Datuk T ,Datuk Shuib Lazim di Utusan Malaysia Jumaat cabar Anwar lantik pakar forensik antarabangsa buat analisis ke atas video seks sebagai cubaan jelas untuk wujudkan asas bagi penyebaran video seks yang direkacipta untuk cemar imej bosnya.
Seperti biasa lagi dan lagi dia melalak ini adalah taktik UMNO yang sangat memalukan.
Jangan lupa dia juga sudah naik pangkat pandai-pandai jadi hakim sendiri dakwa video seks yang disebar kebelakangan ini tidak dipercayai ramai di negara ini dan tidak perlu Anwar adakan ujian forensik seperti dicabar oleh Shuib.
Mahkamah mana yang sudah putuskan lelaki dalam video itu Anwar atau bukan Anwar?
Inilah yang dikatakan undang-undang stail 'buat bodoh' PKR.
Budak sekolah darjah satu pun tahu cara yang terbaik untuk ajar kalau orang buat fitnah...SAMAN.
Kalau Surendran tidak faham Bahasa Melayu...terjemahan dalam Bahasa Inggeris ialah SUE.
Bukankah Anwar kebelakangan ini sibuk saman Utusan Malaysia dan segala macam orang lain.
Jadi kenapa dalam bab satu ini kecut,takut dan cuba berselindung di sebalik segala macam alasan.
Siapalah sangat Shuib atau Datuk Sharzly Eskay Abdullah atau Tan Sri Rahim Thamby Chik yang sah dan secara terbuka mengaku mereka yang sebar video seks pertama dulu kalau nak dibandingkan dengan status mereka sebagai barisan peguam yang digeruni di negara ini.
Lagi pun bukankah Datuk T dengan rela hati pagi petang siang malam tertunggu-tunggu saman dari Anwar yang sampai hari ini tak kunjung tiba.
Lainlah kalau mereka berpeluh terketar menyorok dalam kelambu takut terima surat saman Anwar sampai.
Bukan setakat itu ketiga-ketiganya sudah bersumpah dalam masjid untuk buktikan tidak main-main dalam soal dakwaan ini.
Maka lojik akal bertanya.....siapa yang takut dan penakut sekarang?
Mengambil kira perumpamaan berani kerana benar..takut kerana salah...baik Anwar , Surendren mahupun geng peguam hebatnya tidak perlu merasa bengkak jika ramai dan semakin ramai yang menaruh sangsi dan syak wasangka amat sangat terhadap identiti pelakon lelaki dalam video berkenaan.
Kenapa tak berani guna perkataan ...see you in court .
Kalau akhirnya terbukti dakwaan pasal video seks itu tidak betul bukankah ia bonus besar bagi Anwar yang mengidam sangat nak masuk Putrajaya.
Sekali lagi kita bertanya kenapa takut dan penakut?
Apakah ini kerana analisis pakar luar negara sudah sahkan video seks pertama ( di apartmen di KL) itu 99.9 peratus tulen.
Atau apakah mereka sendiri gabra kalau kes ini dibawa ketengah jawabnya ...boleh kantoi.
Melihat pada gelagat mereka yang pusing sana...pusing sini...maka sendiri-sendirilah boleh buat andaian.
Ikut cerita kalangan ex-PKR termasuk yang pernah aktif sejak zaman reformasi 1998 dulu...'buat bodoh' adalah salah satu strategi dalam manual modus operandi mereka bila menghadapi situasi yang menekan begini.
Apa tidaknya ...kita boleh lihat sendiri bagaimana Anwar boleh kering kontang 'buat bodoh'.Gambarnya terang terang 'cukup mesra' dengan Eskay tersebar luas tetapi masih boleh berlagak macam tldak kenal siapa dia.
Jadi janganlah hairan mengapa Surendran terlupa atau buat-buat lupa nak semak buku prosedur undang-undang dalam bab fitnah memfitnah yang berselerak di pejabatnya.
Maka setakat yang dia berani... terus 'buat bodoh' dan keluarkan sekeping kenyataan kosong yang tidak akan selesai isu itu...once and for all.- 29/1/2012- OLEH ROSLI ISMAIL
Inikah video seks di Thailand yang didakwa 'lebih dahsyat'...?
Pada September tahun lalu satu klip video 'pemanas badan' yang sejenak tunjuk seorang lelaki memakai robe dalam bilik hotel tersebar di internet.Namun hingga sekarang kliip penuh aksi berkenaan masih belum muncul.
Al-kisahnya video itu yang didakwa satu lagi aksi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikatakan dirakam di Bangkok Thailand.
Agendadailyselepas itu menyiarkan pengakuan seorang blogger tempatan yang mengaku sudah menonton video penuh aksi di Thailand itu.Dakwanya ia melibatkan dua orang wanita dengan seorang lelaki.Trio Datuk T yang mendedahkan viudeo seks pertama di sebuah apartmen di Kuala Lumpur ' tak berbunyi ' apa-apa selepas penyebaran klip sejenak itu.
Namun isu video Thailand itu pasti hangat balik ekoran kenyataan salah seorang anggota trio Datuk T yakni Datuk Shuib Lazim pada Utusan Malaysia Jumaat bahawa beliau sudah menonton video Thailand itu.
‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay ( Datuk Sharzly Eskay Abdullah) . Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.
‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Apa yang menarik Shuib mengunakan istilah ' lebih dahsyat ' mengenai video Thailand itu.
Dalam kenyataannya Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.
‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.
Apa yang jelas tertera pada klip sejenak video Thailand ialah tarikhnya 13 Januari 2011.
Shuib juga mencabar Anwar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks (pertama) yang didakwa membabitkanya seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.
Katanya sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.-27/1/2012
Berhenti sokong PKR selepas tengok video seks Anwar...
Penyokong tegar PKR Osman Ishak berhenti daripada menyokong parti tersebut selepas menonton video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membuat kesimpulan bahawa ada asas individu terbabit boleh melakukan perkara yang lebih menjijikkan.
“Akal saya tidak dapat mencari satu ciri pun si pelaku itu bukan orang yang diperkatakan. Semua yang saya saksikan, dari segi fizikal dan gerak gerinya semua sangat menyamai seorang individu... itulah kesimpulan saya,” katanya dalam temuramah yang disiarkan sebuah akhbar Mingguan Malaysia, kelmarin.
“Tambahan pula apabila melihat dolak-dalih mereka sekeluarga dalam isu jam tangan yang tidak meyakinkan, kelihatan mereka sangat gelabah. Rasa kemungkinan besar betul, mungkin ada merit untuk kes terdahulu.
"Video itu mendorong saya tinggalkan PKR dan hilang kepercayaan terhadap ketuanya. Saya boleh tengok sendiri berbanding sebelum ini yang hanya mendengar dari cerita orang saja,” katanya yang dipetik oleh akhbar berkenaan.
Osman berkata, taksub terhadap Anwar menyebabkan beliau pernah berbalah dengan anaknya, Rahimi, yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar selepas anaknya menceritakan perilaku ketuanya.
“Bila Rahimi beritahu dia meninggalkan Anwar (meletakkan jawatan), saya sangat terkejut, apatah lagi alasannya adalah sama seperti apa yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu yang saya anggap konspirasi dan perbuatan zalim, kini kena pula kepada kawan Rahimi.
“Kebetulan selepas Rahimi menceritakan sebab (mengapa dia berhenti), dia membawa ke satu perjumpaan yang mendedahkan banyak cerita mengenai individu sama. Dari detik itu, hati saya berubah 99 peratus dan meninggalkan PKR serta pembangkang.
“Keputusan mahkamah, baru-baru ini semakin melegakan saya kerana kini kesimpulan yang saya buat adalah betul. Ini kerana sejak hari pertama hingga penghujung kes, teori konspirasi ini dicanangkan bagi mengaburi mata rakyat, tetapi keputusan mahkamah sebaliknya.
“Bagi orang yang berfikir, sudah tentu mereka memahami apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang sebenarnya berkonspirasi. Ini persepsi saya, tapi selepas keputusan mahkamah, saya menolak 100 peratus PKR dan pembangkang,” katanya.
Rahimi sebelum ini turut menggemparkan PKR apabila mendedahkan dia dipaksa untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar berhubung kes liwat.-23/1/2012
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







