22Mei2018

Banyak lagi individu layak jadi presiden myPPP...-Tengku Adnan

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor percaya ada individu yang lebih layak menerajui myPPP setelah Tan Sri M Kayveas tidak lagi berada dalam parti itu.
 
Jelas beliau, tidak sepatutnya bekas Presiden myPPP bertegas untuk bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands walaupun sudah maklum bahawa ianya milik MIC.
 
“Dia tetap mahu kerusi Cameron Highlands walaupun bukan sahaja saya tetapi Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dah cakap bahawa kerusi Cameron Highlands untuk MIC.
 
“Kalau dia keluar dari parti itu ada banyak lagi orang boleh terajui parti itu, ada banyak orang yang layak untuk terajui parti itu,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan kunci rumah kepada komuniti India di Pandanmas 2.
 
Tambahnya, kepimpinan BN sudah beberapa kali mengingatkan parti komponen untuk saling membantu antara satu sama lain.
 
“Saya telah berkata bahawa kita tidak mahu mana-mana parti komponen yang melemahkan di antara sesama komponen,” ujarnya.
 
Kayveas telah dipecat serta-merta kerana tindakannya dipercayai telah mempergunakan parti ini untuk agenda peribadinya meskipun Kayveas mendakwa telah melepaskan semua jawatan dalam satu kenyataan media awal hari ini.
 
Kayveas dikatakan telah mempergunakan kedudukannya sebagai presiden untuk memuktamadkan pelbagai keputusan tanpa berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti yang disifatkan sebagai melanggar perlembagaan parti.
 
Antaranya membuat keputusan untuk melepaskan empat buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands walaupun tidak mendapat mandat Najib.
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1323  tetamu dalam talian