21November2017

Bantuan Misi Kemanusiaan-Negaraku Prihatin untuk Rohingya selamat tiba di Chittagong

Misi Kemanusiaan-Negaraku Prihatin yang membawa 12 tan bantuan makanan dan keperluan untuk diserahkan kepada pelarian Rohingya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat, Chittagong, Bangladesh, 7 malam Sabtu (waktu Malaysia).
 
Jurucakap Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berkata bantuan antaranya, lampin pakai buang, tuala, beras dan biskut itu dihantar ke Chittagong dari Pangkalan Udara Subang menggunakan pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan dikendalikan Mejar Yusrizal Zain dan Mejar Wan Azrul Wan Azmy.
 
Katanya, misi berkenaan diketuai Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohamd Adib Abdul Samad dengan turut disertai lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), wakil Pejabat Perdana Menteri dan wakil sukarelawan iM4U.
 
“Ketibaan pesawat bersama bantuan itu disambut oleh Komodor Udara Bangladesh, Morshed Hasan Siddique; Timbalan Pesuruhjaya Daerah Chittagong, M D Jillur Rahman dan Timbalan Pesuruhjaya Bahagian Chittagong, Shankar Ranjan Saha.
 
“Sejurus kemudian, satu acara ringkas diadakan iaitu penyerahan bantuan kemanusiaan sumbangan kerajaan dan rakyat Malaysia kepada wakil kerajaan Bangladesh untuk diagihkan kepada pelarian Rohingya,” katanya.
 
Katanya, pesawat bersama rombongan kemudiannya kembali ke tanah air pada jam 12.00 tengah malam dan selamat tiba di Pengkalan Udara Subang pada jam 4.00 pagi Ahad.
 
Misi bantuan itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membantu pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada penindasan di Myanmar.
 
Selain bantuan itu, satu pasukan peninjau akan turut dihantar ke Dhaka esok untuk berbincang dengan kerajaan Bangladesh mengenai tindakan susulan yang diambil dalam membantu pelarian etnik Rohingya.- 10/9/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 490  tetamu dalam talian