Rab05162012

Kemaskini terakhir06:09:10 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Bai'ah PAS hanya untuk kepentingan politik kata Jamil Khir

Bai'ah PAS hanya untuk kepentingan politik kata Jamil Khir

  • PDF

jamilkhirKEMASKINI Sumpah bai'ah di kalangan calon-calon PAS adalah menjurus kepada kepentingan politik parti itu semata-mata sedangkan dalam Islam bai'ah adalah janji untuk mematuhi amanah dan memikul tanggungjawab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya bai'ah memang ada dalam Islam, yang merupakan pertautan janji daripada kepimpinan untuk mematuhi amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan.

"Saya rasa bai'ah (ini atas dasar) nak jadi calon, atas rasa kebimbangan lompat parti dan sebagainya. Adakah kita mempunyai barisan Yang Berhormat yang tidak kita yakini dia punya perjuangan dan sebagainya.

"Kenapa bai'ah ini skop nak jadi calon sahaja kerana pada zaman Rasullah dan para sahabat kita lihat bai'ah diberi kepada kepimpinan tapi hari ini bai'ah kepada bakal-bakal calon. Ini satu tanda tanya kepada masyarakat umum dan masyarakat ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Dulang Kecil Yan Kedah, Jumaat.-24/2/2012


Bai'ah: Harussani  hentam PAS...soal akhirat ditentukan Allah

PAS sentiasa merasa darjat mereka adalah tinggi dalam agama.Sebab itu mereka merasa ada kelayakan kafirkan orang Islam lain,merasa berhak kata undi PAS masuk syurga dan macam-macam karenah lain.

Disebaliknya itu anih dan pelik sekali...contohnya mereka kecut sembunyi diri takut nak tuntut siasatan terbuka terhadap dakwaan kemungkaran kes video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 99.9 peratus tulin.

Juga mereka boleh buat tidak faham saja pada isu dakwaan rakaman perbualan telefon berahi antara Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dengan isteri orang bernama Normah yang tersebar luas dalam internet - kerana bimbang politik mereka kacau bilau.

Kalangan yang ada akal sentiasa tertawa melihat hipokrasi politik PAS yang sukar diselindung ini, yang asyik nak guna sentimen agama untuk tujuan nak cari kuasa.

Terbaru kisah bai'ah untuk calon-calon parti itu yang akan bertanding.Bab bai'ah ini bukan baru malah dalam pilihanraya umum lalu pun calon kena lakukannya.

Cuma bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sebut semula pasal bai'ah kelmarin ia telah mengundang reaksi yang mempersoalkannya.

Lojik akal bertanya apa jadi jika dipertengahan jalan seseorang calon itu mendapati ada yang sangat serius tidak betul tentang partinya.Apakah dia harus bersuhabat diam terus semata-mata kerana ada  bai'ah itu?

Jika begitu salahkah dia berubah haluan sedangkan Haji Hadi kata tindakan itu ' celaka dunia dan akhirat'.

Siapa Haji Hadi nak tentukan soal 'celaka akhirat'? Budak sekolah darjah satu pun tahu Presiden PAS itu tidak ada kelayakan nak buat penentuan itu.

Kalau perangai begini bolehkah PAS salahkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said cop PAS - Parti Ajaran Sesat.

Mungkin maksudnya, kalau salah pun kena pejam mata ikut juga macam orang bodoh .Itu memang karektor pengamal ajaran sesat

Inilah contoh kong kalikong demokrasi dalam PAS.

Seperti juga kes Datuk Dr Hasan Ali....bunyi sikit ...terus kena pecat.

Dalam bab bai'ah...Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Rabu tampil bersuara.

Beliau kecewa dengan tindakan PAS mengikat calon-calon parti itu yang bertanding dalam PRU ke13 dengan melakukan bai’ah.

Beliau menasihatkan PAS supaya tidak menakut-nakutkan ahli-ahlinya dengan cara membuat bai’aih kerana “ia adalah isu akhirat.”

Harussani berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Haji Hadi  dalam sebuah akhbar yang mewajibkan setiap calonnya yang bertanding dalam PRUke13 melakukan bai’iah.

Hadi berkata bai’ah itu penting bagi memastikan calon-calon PAS tidak menyeleweng daripada dasar lslam kerana “ mereka yang melanggar akan celaka dunia akhirat”.

Bai’ah juga kata Presiden PAS itu adalah satu bentuk pengakuan lebih besar daripada sumpah.

Harussani yang ditemui di pejabatnya di Ipoh pagi Rabu memberitahu kenyataan Hadi itu “menakut-nakutkan saja, macamlah kita boleh menentukan mereka yang melanggar bai’iah akan celaka dunia akhirat.

Katanya soal akhirat adalah ditentukan oleh Allah.

“Jadi kalau kita bersumpah berjanji kita dapati benda itu tak betul takkan kita tak boleh tarik balik”katanya.

“Ini menakut-menakutkan saja, macam mana kita boleh menentukan mereka yang melanggar bai’ah akan celaka dunia akhirat kerana yang menentukan dunia akhirat itu kerja Allah. Jadi kalau kita bersumpah berjanji kita dapati benda itu tak betul tak kan kita tak boleh tarik balik.

“Pada saya dia boleh buat perjanjian tapi masalah di akhirat bukan masalah kita,  ia adalah masalah Allah” tambahnya lagi.

Mufti Perak itu kemudian menasihatkan supaya “ tak usah kita menakutkan orang dengan perkara akhirat sedangkan kita sendiri tidak pasti apakah orang berwajib baiah untuk tujuan berpolitik”.

Menjawab satu soalan, Harussani berkata kalau cara demokrasi, sebagai lslam dia mesti wajib bersikap jujur tetapi kenapa kita harus ikat dengan bai’ah pula. - 22/2/2012


Calon PAS yang bertanding pilihanraya wajib berbai'ah - Abdul Hadi


Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Selasa.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat".

Bernama melaporkan beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya PAS sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

"Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan.-21/2/2012


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.