23Oktober2017

Awas…SPRM nak umum rangking kementerian paling tinggi terpalit rasuah

Tidak lama lagi kita boleh tahu senarai 10 kementerian yang paling tinggi terpalit rasuah dan salah guna kuasa dan lima teratas bagi kategori yang paling bersih.

Ini langkah terbaru SPRM yang pasti akan buat semua kementerian dan jabatan kerajaan segera ‘ periksa diri’.

Apa tidaknya silap haribulan mana nak taruh muka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengumumkan pada Rabu SPRM akan mengeluarkan ranking itu November atau Disember ini.

Beliau memberitahu demikian pada sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC), di Putrajaya.

Beliau berkata ranking tersebut telah siap dan mendapat pengesahan daripada pakar-pakar terlibat dan akan diumumkan kepada orang ramai pada November atau Disember ini.

"Ini dibuat supaya setiap kementerian ada ruang untuk berusaha memperbaiki kedudukan masing-masing apabila mereka melihat kedudukan mereka dalam ranking itu.

Katanya ranking itu akan dikeluarkan setiap tahun dan akan diperluas merangkumi semua jabatan dan agensi kerajaan di negara ini.

Dzulkifli bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya pemberita mengenai kementerian paling bermasalah, dan berkata hanya akan memaklumkan perkara itu pada majlis pengumuman rasmi ranking tersebut.

Menurutnya ranking seumpama itu bukanlah perkara baharu kerana ia telah diamalkan di luar negara seperti di Korea Selatan.

Mengenai IBR, katanya setakat ini sebanyak 620 kementerian, agensi dan jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, yayasan dan institut pendidikan tinggi telah melaksanakan ikrar itu.

"Ini menunjukkan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak untuk memastikan organisasi mereka bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa," katanya.- 11/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 819  tetamu dalam talian