14Ogos2018

Apa cerita Anwar dan Daim ‘mengaum’…

Ini bukan gosip atau khabar angin politik.Seperti juga kes Rafizi Ramli bising pasal pengumuman lantikan Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ini kisah yang berlaku secara terbuka.
 
Orang yang tidak tahu latar belakangnya mungkin terkejut.Sebaliknya kalau selak balik sejarah macam ada hal yang tidak beres antara mereka.

Apakah masih ada yang bengkak di hati gara-gara kata mengata semasa perang politik dulu.
 
Kata-kata popular orang Cina dua harimau tidak boleh duduk atas satu bukit...sebabnya mesti gaduh punya.
 
Soalanya sekarang dalam kerajaan Pakatan Harapan ada berapa harimau?
 
Semua orang tahu Dr Mahathir ialah Perdana Menteri tetapi ada juga orang yang kata mereka gerun mendengar ada harimau kuat mengaum di belakangnya.
 
Siapa lagi kalau bukan Ketua Penal Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.
 
Entahlah betul ke tidak betul.Dari cakap-cakap politik yang berlegar bekas Menteri Kewangan dianggap orang kedua paling berkuasa sekarang.
 
Pada Rabu satu lagi harimau muncul di tengah gelanggang bila Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi pengampunan diraja penuh keatas kesalahan meliwat.

Dua mereka pernah jadi Menteri Kewangan semasa pentabiran Dr Mahathir selama 22 tahun dulu.
 
Secara terbuka Penasihat Umum PKR itu sudah cakap nak main jauh-jauh dari urusan pentabiran negara buat masa ini.

Namun politik tetap politik…bayang harimau itu sentiasa merayap dari jauh atau dekat.
 
Bukankah selama ini Anwar pegang remote control dari dalam penjara untuk sebarang keputusan penting parti PKR dan pakatan pembangkang.
 
Inikan pula beliau bebas di luar sambil jalan-jalan,main dengan cucu dan bagi ceramah sana sini.
 
Cuma mereka yang ‘hilang akal’ akan kata faktor Anwar tidak akan wujud langsung sepanjang pentabiran Dr Mahathir selama setahun atau dua tahun ini.
 
Hello…ini baru beberapa hari saja.
 
Gegaran terasa…pada ketika kerajaan Pakatan Harapan nak tayang soladiriti... semua orang baca interbiu Daim dengan akhbar Straits Time Singapura mengingatkan jangan nak tukar Perdana Menteri dari Dr Mahathir kepada Anwar sekarang.
 
Beliau tidak main sorok-sorok ingatkan bahawa Dr Mahathir lah orang yang jayakan cita-cita Pakatan Harapan untuk tumbangkan kerajaan BN dan bukan Anwar.
 
“Sama ada anda suka atau tidak, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya."Jika anda mungkir janji kepada rakyat, mereka tidak akan percaya anda lagi." katanya.
 
Apa pula komen Anwar pasal peranan Daim dalam kerajaan sekarang.
 
Bagai sembilu dalam interbiu dengan Malaysiakini tidak lama selepas bebas dari penjara Rabu semalam beliau dipetik sebagai berkata Daim boleh menyumbang kepada Pakatan Harapan dan kerajaan baharu namun pada masa sama, beliau perlu berhati-hati.
 
Ini kerana wujud kegelisahan terhadap penglibatan Daim dalam skandal terdahulu.
 
“Orang kata tak perlu ungkit kesilapan masa lalu, yang mana betul, tetapi bagi saya kalau kita mahu bercakap tentang akauntabiliti yang demokratik, ia tidak seharusnya terhad pada Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
“Namun, saya tidak fikir ia harus sehingga menjadi dendam,” katanya.

Apa yang Anwar maksudkan dengan penglibatan Daim dalam skandal lampau?

Jangan lupa Daim ditugaskan oleh Dr Mahathir untuk betulkan segala macam berkaitan dengan ekonomi.

Mahu tidak mahu tentu ada yang pandang lain macam padanya bila Anwar cakap begitu.
 
Kata orang sendiri dengar…sendiri tafsir.
 
Ingat...ini bukan sang kancil…tetapi harimau yang mengaum.-17/5/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 537  tetamu dalam talian