17Januari2018

Anwar tolak hasrat pakatan calonkan semula Mahathir sebagai PM...?

Desas-desus kedengaran dari kem PKR bahawa Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak hasrat gabungan empat parti itu untuk menamakan bekas negarawan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon PM pakatan pembangkang.

Ini selepas 10 hari berlalu tapi Anwar mahupun PKR masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan cadangan yang disokong DAP dan PAN itu.

Persoalan berkaitan itu turut menarik perhatian Presiden Salute Malaysia, Datuk Rizal Mansor yang membangkitkan persoalan mengapa Anwar tidak memberikan apa-apa reaksi berhubung pegumuman pakatan pembangkang lebih 10 hari yang lalu.

Kata Rizal, sikap menyepi Anwar ini juga menandakan keretakan yang semakin parah dalam Pakatan Harapan menjelang PRU14 nanti.

"Apakah Anwar sudah tahu mengenai rancangan Mahathir untuk melantik anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai PM selepas beliau mengisinya untuk setahun dua sahaja dengan Anwar akan dikira sudah begitu tua pada ketika itu.

"Apakah sikap menyepi Anwar itu juga menandakan keretakan yang semakin parah dalam Pakatan Harapan menjelang PRU14, setelah semua orang tahu DAP tidak lagi menyokong Anwar sebagai PM, sebaliknya makin cenderung kepada Mahathir," kata Rizal dalam satu kenyataan.

Rizal juga mendakwa DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang 'bergasak' dalam menamakan calon-calon menteri di kementerian utama antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Itu belum termasuk 'perebutan' yang bakal berlaku dalam kerusi ketua menteri Pulau Pinang jika Lim Guan Eng dimasukkan ke penjara dalam skandal banglonya dengan DAP nak pertahan dan PKR sudah kemaruk nak menduduki kerusi tersebut," katanya lagi.

Baru-baru ini Pakatan Harapan telah menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Sebelum ini pemimpin pembangkang sepakat melantik Anwar sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan berjaya menguasai Malaysia.-15/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 654  tetamu dalam talian