22Mei2018

Anwar melangkah bebas...ini bukan Nelson Mandela

Walaupun gegar gempita riuh pasal pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah diberi pengampunan diraja ada fakta yang tidak dapat dipadam dari jalan ceritanya.
 
Ketua Umum PKR ini bukanlah macam mendiang Nelson Mandela,pejuang anti-aparthied Afika Selatan yang penjara 27 tahun di Pulau Robben.
 
Anwar sebaliknya dihukum penjara lima tahun mulai 10 Februari 2015 kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadi Saiful Bukhari Azlan.

Asalnya beliau sepatutnya dibebaskan pada 10 Jun ini. Namun Yang Dipertuan Agong telah bersetuju untuk beri pengampunan segera kepadanya.
 
Sebelum itu beliau juga pernah dihukum penjara kerana kes liwat pertama tidak lama selepas dipecat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai timbalannya pada 1998.
 
Anwar melangkah keluar meninggalkan Hospital Rehabilitasi Cheras jam 11.30 pagi Rabu di depan ratusan media dan penyokong untuk ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 12 tengah hari ini.
 
Anwar yang memakai pakaian kemeja dan blazer hitam menaiki kenderaan Jabatan Penjara Malaysia diiringi isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
 
Selain itu, Anwar sempat melambai dan senyum kepada penyokongnya serta pengamal media, namun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
 
Anwar dikawal ketat oleh beberapa pegawai dan anggota polis manakala perjalanan Anwar menuju ke Istana Negara diiringi lima buah dan dua buah motosikal pengiring daripada Jabatan Penjara Malaysia.
 
Di Istana Negara Anwar diberi pengampunan penuh yang akan membolehkannya terus aktif dalam politik.- 16/5/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1178  tetamu dalam talian