10Disember2018

Anifah Aman,Ahli Parlimen Kimanis pula keluar UMNO...

Ini bukan lagi satu kejutan selepas Datuk Seri Mustapha Mohamad umum keluar UMNO pada Selasa.
 
Malah kalangan orang dalam UMNO yang tahu cerita dakwa selain Ahli Parlimen Jeli itu ada beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO yang akan keluar parti.
 
Ikut ceritanya sudah ada senarai kalangan Ahli Parlimen UMNO yang berkenaan.
 
Al-kisah itu nyata terbukti bila pada Rabu bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang juga Ahli Parlimen Kimanis di Sabah pula umum langkah sama.
 
Beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuatkuasa serta-merta.
 
Difahamkan surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini,Rabu.
 
Ramai kalangan wartawan sedang berusaha menghubungi Anifah bagi mendapat pengesahan dari beliau sendiri.
 
Anifah ialah adik kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.
 
Langkah Anifah ini menjadikan jumlah Ahli Parlimen UMNO tinggal 49 orang.
 
Selain Anifah dan Mustapha sebelum ini Ahli Parlimen yang keluar UMNO ialah Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dari Bagan Serai,Datuk Syed Abu Hussin Hafiz, Bukit Gantang dan Mas Ermieyati Shamsudin, Masjid Tanah.-- 19/8/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 321  tetamu dalam talian