19Disember2014

Amanat Hadi: Sila...sila...Tok Guru bagi penjelasan

nik-hadixx
Rasanya tidak perlu nak main pusing-pusing ayat dalam bab ini .Siapa saja yang dengar balik Amanat Hadi yakni ucapan Presiden PAS Datuk Seri Haji Awang pada tahun 1981 pasti dapat buat kesimpulan jelas beliau ' mengkafirkan' UMNO.

Inilah yang menjadi isu selama ini bagaimana seorang hamba Allah yang bernaung dibawah parti yang guna nama Islam boleh senang-senang kafirkan orang lain semata-mata kerana perbezaan ideoloji politik.

Entahlah apa yang beliau nak jelaskan dalam tempoh sejam yang dimintanya Sabtu untuk ditayang di RTM dan TV3 mengenai amanatt yang kontrovesial itu.

“Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai,” kata Presiden PAS itu selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.

Apapun kalau jadi memang menarik agar semua orang boleh once and for all buat penilaian keatasnya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang ditemui wartawan di Kuala Lumpur kemudian untuk mendapat reaksinya pada hajat itu berkata RTM  sedia beri peluang kepada Haji Hadi untuk memberi penjelaskan berkenaan.

Serentak dengan itu beliau menegaskan Haji Hadi juga perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanat berkenaan.

Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan UMNO daripada sudut akidah.

Cara ini dikira baru adil.Haji Hadi jangan ingat beliau saja boleh bagi penjelasan dan mahu semua orang terima bulat-bulat.

Orang lain pun ada hak untuk suarakan pandangan mereka pada amanat yang mempertikaikan akidah orang lain.

Kebelakangan ini kecuali penyokong tegar PAS yang diketahui kaki tutup mata dan telinga ikut saja kata-kata ulama besar mereka sedangkan ramai yang berfikiran rasional melihat amanat itu sesuatu yang amat keterlaluan.

Saudara-saudara sekelian percayalah,
 
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
 

Percayalah saudara-saudara sekelian,
 
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Itulah bunyi amanat yang dibuatnya di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Siapa boleh lupa pelbagai kemelut dalam masyarakat Islam di negara ini berbangkit gara-gara tindak tanduk PAS yang mempergunakan agama untuk kepentingan politiknya.

Ini termasuklah kisah sembahyang dua imam,sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan oleh orang PAS.

Cara PAS mendakyahkan orang seolah UMNO dan orang-orangnya sesat habis.Mereka sudah tidak nampak beribu masjid dan surau dibina oleh kerajaan serta segala macam dasar berbentuk keagamaan,Tabung Haji dan sebagainya.

Nak kata buta semuanya celik belaka.

Juga siapa boleh lupa bagaimana PAS mempersenda UMNO yang berkawan dengan orang kafir  MCA dan MIC.

Kini ibarat menjilat ludahnya demi politik ia berdakap dengan DAP yang Pengerusinya Karpal Singh kata langkah mayatnya kalau nak laksana hudud dan negara Islam yang dihajati PAS.

Semua orang tahu bagaimana PAS kecut kehilangan DAP sebagai rakan politik.

PAS juga sedia berketuakan seorang yang amat diragui moral yakni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpalit dengan skandal video seks 99.9 peratus tulin.

Cuba fikir sendiri sanggupkah Haji Hadi keluar ' fatwa' video itu besi dan tidak boleh jadi bukti jika skandal video itu melibatkan pemimpin besar UMNO.

Jawabnya ...fikirlah sendiri.

Baik dalam bab dakwaan perbuatan jijik Anwar dan kasih sayangnya dengan DAP...PAS boleh mengeluarkan pelbagai' fatwa politik' untuk menghalalkan segalanya.

Ramai yang merasa Haji Hadi semakin terhimpit bila isu amanatnya menjadi isu hangat balik.

Ini kerana ramai yang melihatnya dalam kontek hubungannya dengan DAP dimana ia sudah banyak mengalah kepada tekanan parti itu.

Kalau dinilai dalam kontek amanatnya bunyinya gah seolah PAS boleh hidup dan survive sendirian.

Namun realiti politiknya sudah terbentang di depan mata dimana DAP tidak sekali-kali dapat terima hajat besar PAS yang dijual borong selama ini hendak tubuh negara Islam dan laksanakan hudud.

Jika tidak mana mungkin dari slogan 'Negara Islam' tiba-tiba boleh tukar pada " Negara Kebajikan'.

 Mengata orang memang sedap ...tak begitu Tok Guru.

Apa kata Haji Hadi keluar amanat versi menjelang PRU13.

Cuba cerita laluan politiknya hendak laksanakan hajatnya Negara Islamnya...di depan bayang Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang akan mengaum macam singa lapar.

Siapa Haji Hadi dan PAS nak tipu?

Silalah bagi penjelasan...kalau tak cukup satu jam minta RTM dan TV3 bagi tambah waktu dua jam atau tiga jam.-29/12/2012

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 458  tetamu dalam talian