Inilah Tan Sri Khalid Ibrahim...cakap tak tengok kiri kanan.Beliau tuduh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak profesional sedangkan beliau sendiri cakap main hentam.
Kalau dengar penjelasan Perdana Menteri pada dakwaan Menteri Besar Selangor itu kerajaan pusat tidak menjemput negeri-negeri pakatan pembangkang hadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Kuala Lumpur Selasa lepas,tentu beliau jenuh kena sorok muka.
Khamis Khalid mengeluarkan satu kenyataan meminta Najib membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN.
Untuk mencetuskan sakit hati orangramai beliau hentam Perdana Menteri kerana dakwannya mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam membincangkan kebajikan rakyat,
Kata Khalid sikap Perdana Menteri hanya membuktikan bahawa konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanyalah sekadar gimik politik.
“Adalah amat tidak profesional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat."katanya.
Wartawan bertanya Najib mengenai dakwaan itu semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Khamis malam.
Perdana Menteri sendiri tertawa semasa menjelaskan dakwaan Khalid tidak dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 itu tidak sepatutnya berbangkit kerana ia merupakan amalan biasa dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau mesyuarat itu merupakan mesyuarat penyelarasan antara kerajaan pusat dan negeri yang dihadkan kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada Barisan Nasional (BN) sahaja.
"Kita punya pendirian semua mesyuarat yang dikehendaki mengikut Perlembagaan yang melibatkan negeri-negeri, kita tetap menjemput menteri dan ketua menteri pembangkang seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Tempatan dan juga yang melibatkan jawatankuasa kewangan negara yang tertentu.
"Jadi, soal jemputan itu tidak sepatutnya berbangkit....dia pun banyak mesyuarat, pun tak jemput kita, itu pun nak complain," katanya.- 23/2/2012
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







