15November2018

Al kisah... Dulu Parti Cap Cangkul kini PAN

Ini bukan tujuan hendak menghina atau memperlekehkan sesiapa... tapi satu imbasan sejarah kepada yang tidak tahu asal usul dari mana datangnya Parti Amanah Negara (PAN) yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Semakan wikipedia, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia atau lebih terkenal sebagai Parti Cap Cangkul adalah parti berhaluan kiri yang idealogi asalnya sosialis yang mana pro golongan pekerja ataupun buruh.

Jangan terkejut Parti Cap Cangkul ini diasaskan oleh bekas pemimpin DAP iaitu Puan Ganga Nayar.

Kisahnya begini... Ganga Nayar menyertai DAP daripada Gerakan pada 1974. Lim Kit Siang ketika itu merupakan Setiausaha Agung DAP telah melantik Ganga Nayar sebagai Naib Pengerusi dalam Jawatankuasa Kecil Negeri yang dibentuk DAP.

Ganga Nayar bertanding atas tiket DAP di Parlimen Sentul pada PRU 1974, namun beliau tewas.

“Pada tahun berikutnya, sebagai pengerusi cawangan DAP Damansara, beliau telah meletakkan jawatan dalam DAP.

“Pada bulan Januari 1978, beliau menjadi presiden pertama Parti Pekerja (digelar Parti Wanita) yang beliau tubuhkan. Parti itu mempunyai calon tunggal untuk pilihan raya umum 1978 di kawasan Parlimen Sungai Besi dan kawasan Dewan Undangan Negeri Sungei Way.

“Beliau hilang wang pertaruhan dalam kedua-dua pertandingan tersebut,” lapor wikipedia.

Walaupun Ganga Nayar keluar dari DAP dan menubuhkan parti sendiri, tapi beliau tetap diidolakan oleh pemimpin DAP termasuk oleh Teresa Kok yang membuat posting khas mengenang Ganga Nayar dalam blognya pada 6 April 2009 yang meninggal dunia ketika usia 85 tahun.

Warna asal logo parti tersebut adalah hijau dan putih seperti PAS, ada bulatan dan gambar cangkul.

Parti tersebut dulu popular sebagai Parti Cap Cangkul sehinggalah ianya diambil alih dan dijenamakan semula sebagai PAN.

Untuk makluman semua, permohonan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia untuk menukar nama kepada PAN belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pendaftar Pertubuhan, Datuk Mohammad Razin Abdullah, berkata sehubungan itu, parti berkenaan tidak dibenarkan sama sekali mengadakan sebarang program atas nama PAN selagi pertukaran nama itu belum diluluskan pindaan oleh ROS selaras ketetapan yang diperuntukkan mengikut Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, pertubuhan atau parti yang melanggar peruntukan seksyen itu boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 terhadap parti dan setiap pemegang jawatannya.

"ROS telah menerima notifikasi daripada pihak Workers' Party of Malaysia (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) mengenai pelantikan baru Ahli Jawatankuasa Pusat yang diputuskan melalui Kongres Luar Biasa yang diadakan pada 25 Ogos lalu.

"Sebahagian besar Ahli Jawatankuasa baru ini terdiri daripada bekas ahli PAS yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013-2015," katanya pada Ahad.

31 Ogos lalu, Mat Sabu memberitahu beliau dan rakan-rakannya  menjenamakan semula Parti Pekerja-Pekerja Malaysia selepas permohonan untuk meletakkan nama Parti Progresif Islam (PPI) ditolak Kementerian Dalam Negeri.

"Melalui proses perundangan, kami Gerakan Harapan Baru telah pun memohon pendaftaran sebuah Parti Islam baharu bernama Parti Progresif Islam (PPI) selari dengan hak yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Memahami akan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan sebuah parti baharu melalui pengalaman di dalam negara ini, maka GHB dalam masa sama yang sama mencapai matlamatnya melalui wadah politik sedia ada.

"Kita telah minta nama Parti Progresif tetapi nama Islam ditolak oleh Menteri Dalam Negeri, maka inilah muncul Parti Amanah Negara yang akan kami mohon cadangkan kepada ROS pertukaran nama. Dasar tetap Islam," katanya.

Berikut senarai kepimpinan Parti Pekerja Malaysia AKA Amanah:

    Penasihat Umum: Ust. Fadil Hj. Ahmad Awang
    Pengerusi: Mohamad Sabu
    Tim. Pengerusi: Salahuddin Ayub
    Naib Pengerusi: Mujahid Yusof Rawa
    Naib Pengerusi: Hassanuddin Yunus
    Ketua Wanita: Dr Siti Mariah Mahmud
    Ketua Pemuda: Mohd Sany Hamzan
    S/u Agung: Mohd Anuar Mohd Tahir
    Pen. S/u: Abang Ahmad Kerdee
    Bendahari Agung: Asmuni Awi
    S/u Organisasi: Suhaizan Kaiat
    AJK:
    Dr Hatta Md Ramli
    Khalid Samad
    Gopalan K.Ppapchan
    Izham Hashim
    Adly Zahari
    Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah
    Mohd Nizar Jamaludin
    Mazlan Aliman
    Aminolhuda Hassan
    Dzulkefly Ahmad
    Mohd Hanifa Maidin
    Phahrolrazi Mohd Zawawi
    Shaari Sungib
    Zulkifli Mohamad Omar
    Hu Pang Chow
    Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
    Hasnul Baharudin
-13/9/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1019  tetamu dalam talian