18Januari2019

AL-FATIHAH: "Selamat Jalan"...Bad

altAjal maut ditangan Tuhan...Jumaat jam 3.30 petang kami kehilangan Bad - Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz. Dia pergi buat selama-lamanya.

Tanpa diduga...dia memulakan harinya pagi Jumaat seperti biasa hinggalah ke waktu solat Jumaat di sebuah masjid dekat rumahnya di Mutiara Bangi,Bandar Baru Bangi.

Lima minit selepas imam mula membaca khutbah,Bad mengadu terasa sakit bahagian belakangnya.

Lantas dia meminta anak bongsunya Ali membawanya pulang ke rumah.

Seketika sampai di rumah selepas meminta Ali mengurutnya,dia pengsan.

Ambulan Jabatan Pertahanan Awam yang dipanggil terus membawanya untuk dirawat di Hospital Serdang.

Namun dalam perjalanan Bad sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bad menyertai Agendadaily sebagai Timbalan Ketua Pengarang pada tahun 2007 selepas bersara dari politik, menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk kawasan Hulu Langat selama dua penggal.

Sebelum menjadi YB mulai tahun 1995 hingga 2004,Bad adalah wartawan kanan di Utusan Malaysia.

Dulunya Bad yang lebih dikenali dengan panggilan "Bad Gemok"  adalah seorang yang robust sekalipun saiz badannya jauh melebihi rakan-rakan sekerja yang lain.

Karektornya sentiasa menjadi penyeri dan menceriakan rakan-rakan sejak di zaman Utusan lagi.

bad-yayasanxx

Walaupun tidak begitu sihat, baru-baru ini Bad hadir pada sidang akhbar bersama rakan-rakan Alumni Yayasan Selangor ...untuk membantah cadangan Yayasan Selangor hendak robohkan dua asrama yayasan itu dekat Jalan Cochrane,Kuala Lumpur. 

Namun sejak lebih dua tahun kebelakangan ini Bad sering masuk keluar hospital kerana berbagai penyakit.

Ini membuatkannya terpaksa berkerja di rumah sahaja dan sekali sekala untuk menghilangkan kebosanannya dia menyertai rakan-rakan yang membuat tugasan semasa sidang Parlimen.

Sekalipun kerap terlantar kerana tidak sihat dia terus menulis kolumnya "Wartawan,Ahli Dewan...Tak Ketahuan" dan menyunting berita-berita yang hendak disiarkan.

"Aku boringlah kalau tak buat apa-apa langsung",keluhnya.

Rasa bosan yang terlampau itu juga yang mendorongnya untuk aktif kembali menjadi wartawan dan menyertai Agendadaily selepas pencen jadi YB.

Lebih dua tahun sebelum itu dia duduk goyang kaki di rumah hingga kerap mengadu 'aku rasa cepat tua, kalau begini berterusan'.

bad-mp

Sewaktu berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat,Selangor

Katanya dia tidak pentingkan wang ringgit sangat, janji syok terus menulis dan merasa segar kembali hidup dalam dunia orang surat khabar macam dulu-dulu.

Banyak kenangan manis dilalui bersama semasa di Utusan,kemudiannya dia jadi YB dan kembali jadi wartawan di Agendadaily.

Ini membuat pemergiannya dalam usia 53 tahun itu amat terasa.

Kami di Agendadaily bukan sahaja kehilangan seorang rakan sekerja...tetapi seorang sahabat.

"Selamat Jalan"  Bad...Alfatihah...Semoga rohmu dicucuri rahmat - ROSLI ISMAIL - 17/2/2012





PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 457  tetamu dalam talian