14Disember2018

Akhirnya…Kerajaan PH secara rasmi umum tidak akan meratifikasi ICERD

Desakan dan bantahan meluas dari pelbagai pihak termasuk UMNO dan PAS terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang didakwa akan jejaskan kepentingan orang Melayu dan bumiputra di negara ini akhirnya capai matlamat.
 
Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat mengeluarkan kenyataan rasmi memberitahu kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.
 
Menurut kenyataan itu kerajaan sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
 
“Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.
 
“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” kata kenyataan itu.
 
Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah beritahu ICERD mustahil dilaksana kerana ia memerlukan pindaan perlembagaan.
 
Katanya untuk tujuan itu sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen diperlukan. 
 
Ini, katanya, hampir mustahil berikutan bantahan ICERD dari kalangan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang terhadap ICERD.
 
Namun pelbagai pihak anggap penjelasan Dr Mahathir itu belum cukup meyakinkan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD.
 
Mereka mahu kerajaan buat satu kenyataan rasmi beritahu secara jelas tidak akan meratifikasi ICERD.- 23/11/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 342  tetamu dalam talian