30Mei2017

Adam Rosly PKR berdepan enam tuduhan beri keterangan palsu pada SPRM...

 
Isu mengenai kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR cabang Ampang, Datuk Adam Rosly berusia 29 tahun yang disiasat SPRM masuk mahkamah Jumaat.
 
Dia berdepan enam tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu untuk tujuan memperdayakan SPRM dalam siasatan kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 dan 22 Februari lalu.
 
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, ahli perniagaan itu didakwa memberi pernyataan palsu ketika percakapannya dirakam oleh dua pegawai SPRM
 
Pernyataan itu berhubung kerjaya beliau sebagai pengarah sebuah syarikat, sumber pendapatan dan pembelian sebuah rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang secara tunai.
 
Adam Rosly menyebut beliau mendapat sumber kewangan untuk membeli banglo tersebut melalui pinjaman wang daripada dua Ahlong, pemberian keluarga, hasil jualan kereta serta hasil perniagaan.
 
Bagi kesalahan itu dakwaan dibuat mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (8) akta sama.
 
Sementara itu bagi pertuduhan ketiga hingga keenam, Adam Rosly didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya Gegas Mentari Holdings Sdn Bhd untuk memperdaya pegawai penyiasat berkenaan.
 
Kesalahan itu pula dibuat mengikut Seksyen 32 (8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (akta 613).
 
Kedua-dua kesalahan itu membawa hukuman denda tidak lebih RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
 
Adam Rosly mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.
 
Hakim Allaudeen Ismail menetapkan wang jaminan RM300,000.
 
Adam Rosly dibawa dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9.05 minit .- 21/4/2017


 
Adam Rosly dijangka didakwa di mahkamah Jumaat....
 
Setelah ditahan reman sejak jumaat 14 April untuk siasatan SPRM kes memiliki kekayaan luar biasa,Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly dijangka di hadapkan ke mahkamah esok, Jumaat.
 
Dalam pada itu banglonya ala-Disneyland di Ampang berharga RM1.2 juta yang dibeli tunai disita oleh SPRM.
 
Adam,28 dijangka dituduh mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan. 
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan perkara itu tetapi tidak mengulas lanjut.
 
Adam ditahan SPRM pada 13 April ketika dipanggil beri keterangan di ibupejabat SPRM di Putrajaya dan esoknya direman.
 
Kekayaanya yang luar biasa telah didedahkan oleh ketua Gerakan Merah,Datuk Seri Jamal  Md Yunus tahun lalu.
 
Adam sebelum itu menafikan memperolehi kekayaan menerusi salah laku tetapi hasil dari pelbagai perniagaannya.- 20/4/2017

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1193  tetamu dalam talian