01November2014

Adam Adli ditahan reman lima hari...

adamanwar1
KEMASKINI : Ini semua gara-gara nak tunjuk hero sangat.Sekarang sendiri jawab.Aktivis pelajar,Adam Adli telah ditahan reman selama 5 hari mulai Ahad.Ini untuk membolehkan polis jalankan siasatan keatasnya.Dia direman di bawah Kanun Keseksaan 124 B  dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan.

Adam ditahan petang Sabu kerana membuat kenyataan menghasut demo jalanan untuk guling kerajaan pada sebuah forum 13 Mei lalu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.-19/5/2013



Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan...

Polis telah menahan aktivis pelajar,Adam Adli dibawah Akta Hasutan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya menghasut adakan demo jalanan untuk guling kerajaan di sebuah forum di Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur pada 13 Mei.

Dia ditahan di Bangsar awal petang Sabtu dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Pelajar UPSI yang digantung tiga semester ini kerana terlibat dalam perbuatan turunkan bendera yang ada gambar Perdana Menteri di pekarangan ibupejabat UMNO pada Disember 2011.

Dia juga terlibat dalam pelbagai kegiatan anti-kerajaan kebelakangan ini.-18/5/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 624  tetamu dalam talian