16Januari2018

Adakah patut…ini jawapan Dr Mahathir pada rumusan RCI forex

Bayangkan berapa banyak rumah,sekolah,jalan dan segala macam kemudahan kepada rakyat boleh disediakan dengan wang sebanyak RM31.5 billion.

Dalam bahasa mudah jumlahnya ialah lebih RM 30,000 juta.

Adakah patut ?...dalam respon pertama Tun Dr Mahathir Mohamad pada rumusan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian forex dialami Bank Negara Malaysia pada zaman pentabiranya dulu,beliau senang-senang boleh dakwa ia tidak beri kesan pada kewangan negara.

Juga…ada ke patut …beliau dakwa jika RCI ini diadakan di negara lain orang akan ketawa kerana laporanya tidak lengkap dan tidak adil.

Betul ke ?...juga dakwanya isu kerugian forex itu ‘sudah selesai’ semasa beliau masih Perdana Menteri lagi.

Soalnya selesai macam mana?

Bukankah RCI itu dapati jumlah kerugian yang diisytihar jauh lebih kurang dari kerugian sebenar.

Dalam pada itu banyak lagi persoalan yang tidak terjawab mengikut laporan RCI setebal 400 muka.

Dr Mahathir memberikan respon berkenaan menerusi laman facebook awal petang Selasa.- 5/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 864  tetamu dalam talian