
Selama ini kecuali cakap-cakap, tidak ada pemimpin PAS berani akui parti itu semakin jauh daripada perjuangan asal menubuhkan negara Islam selepas bersengkokol dengan PKR dan DAP.
Bagaimanapun, isu bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang dikatakan tidak layak bertanding mendedahkan ‘pekung’ bahawa parti itu tidak lagi dilihat memperjuangkan prinsip-prinsip berlandaskan Islam.
Dalam sidang media terbaru, ADUN Gombak Setia itu yang diasak berulang kali mengenai tanggapan itu akhirnya terpaksa akur mengakui pakatan dengan PKR dan DAP menyumbang kepada perubahan dalam PAS.
“Apabila sertai (Pakatan Rakyat) maka ada perkara perlu diubah suai...tetapi jangan ubah Islam,” jelas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu seperti mahu menggambarkan bahawa PAS sudah tidak konsisten lagi daripada matlamat asal serta dasar-dasar parti itu.
Malah Dr Hasan percaya pembangkang tidak berupaya mentadbir Putrajaya dengan pelbagai kemelut dalaman apatah lagi dengan kenyataan Karpal Singh, supaya langkah mayatnya dulu jika PAS mahu laksanakan negara Islam.
Beliau turut menyentuh soal Negara Berkebajikan yang jadi slogan baru PAS.
“Negara Berkebajikan ini tidak perlu dilakukan oleh PAS. Mana-mana negara hebat seperti Sweden dan United Kingdom semua negara berkebajikan ...orang-orang sekular dan terpelajar ini mampu melakukannya,”
“Tetapi untuk meletakkan asas negara Islam kita perlukan ulama yang dapat garap Islam dalam konteks kehidupan moden dan saya yakin satu masa dulu, ulama-ulama PAS yang lepas berjaya letak inti-inti agama dalam kehidupan masyarakat,” ujarnya.
Kesimpulan semua itu, dengan nada agak keras dan kecewa, Dr Hasan berkata, ‘ kena letak PAS pada pancang asal.'’
Beliau membuat gesaan itu juga kerana ada fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ni menyokong PAS mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada parti kerana perjuangan utama parti dikesampingkan.
Katanya, ahli dan penyokong PAS tidak naif dan tidak sedungu disangkakan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali yang mendakwa beliau sedang berusaha menyakinkan ahli dan penyokong parti bahawa PAS tidak lagi memperjuangkan prinsip-prinsip Islam.
“Ahli dan penyokong PAS juga bukan lembu yang dicucuk hidung. Mereka berbudaya, bertata susila, beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual berfikir.
Sidang media ke dua pagi Selasa ini diadakan Dr Hasan sejak isu tidak layak bertanding itu ditimbulkan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib jelas digunakan beliau ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Mustafa.
Beliau membidas Mustafa walaupun pemimpin senior tetapi meberi pandangan negatif dan mengandungi unsur jahat terhadapnya dengan mendakwa Dr Hasan terperangkap dengan perangkap UMNO dan tindak tanduknya seolah-olah mahu melemahkan PAS.
Jelas beliau cukup angin dengan Mustafa dan menyifatkan Setiausaha Agung PAS itu bongkak, sombong dan menggunakan autoriti jawatan dan hilang arah hingga sangup bermain api fitnah.
Menurut Dr Hasan tindak tanduk Mustafa dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar bertentangan dengan pemimpin PAS lain termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Tantawi yang menunjukkan simpati dan cenderong menyokong perjuangannya.
“Prinsip perjuangan saya meletakkan semula PAS di landasan asal. Dari pengamatan asal saya, PAS mula dikuasai golongan bukan ulama yang lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup korbankan prinsip perjuangan parti yang dipertahan sejak penubuhan,” tegasnya.
Dalam erti kata lain, Dr Hasan bangkit ‘lawan arus’ bukan kerana agenda UMNO seperti dakwaan Mustafa tetapi sudah nampak semakin banyak duri dalam daging PAS.
Menjawab soalan, beliau mengakui berjumpa dua profesor yang juga ahli PAS seorang daripadanya Aziz Hanafi untuk mendapatkan pandangan tentang usaha yang dilakukannya untuk mengembalikan PAS pada perjuangan awal.
“Saya jumpa untuk dapatkan pandangan dari segi syarak dan intelelek. Mereka orang biasa dalam PAS bukannya untuk menyakinkan mereka atau orang lain bahawa PAS tidak lagi memperjuangkan Islam seperti didakwa,” katanya.
Mengenai kenyataan Mahfuz yang sinis mempersilakan menyertai UMNO, Dr Hasan menyifatkan Naib Presiden PAS itu bangkrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan muthakhir isu tersebut.
Beliau menegaskan tidak akan mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa perjuangannya kini tertumpu kepada Islam, Melayu dan instutusi Raja-Raja.
Dr Hasan menggesa pimpinan parti mengambil tindakan terhadap Saari yang menyemaikan bibit-bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti.
Beliau juga meminta siasatan terperinci ke atas proses pencalonan dan keputusan akhir bilangan pencalonan yang beliau terima di kawasan Gombak bagi mengelak spekulasi berkaitan pencalonan beliau.
Jelas, Dr Hasan tidak berseorang dalam isu ini kerana beliau melihat banyak sokongan daripada pemimpin, ahli dan penyokong PAS mengenai usahanya mengembalikan PAS pada pancang asal.
Apapun, usaha beliau nampaknya sudah menyebabkan PAS semakin bergelora terutama pemimpin yang mahu mempertahankan pakatan PKR dan DAP kerana Dr Hasan sudah jadi duri dalam daging pembangkang.
Namun, di sebalik semua ini, mereka tidak nampak duri sebenar dalam PAS sekarang..- 20/12/2011 - OLEH ROSLAN BIAN
-----------------------------------------------------------------------------------------
TAUFAN mula membadai PAS...
Hangat....memang hangat...Ambil kira kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, nampaknya apa yang berlaku kepada Datuk Dr Hasan Ali dan kemudiannya Nasaruddin Mat Isa yang membelanya...jelas parti itu sudah hampir ‘berpatah arang berkerat rotan’ dengan mereka.
Ikut ceritanya ramai di kalangan ahli parti itu sendiri yang macam tidak percaya dengar kenyataan beliau hentam secara terbuka kedua-dua mereka termasuk dakwa terperangkap dalam agenda UMNO.
Ia dihangatkan lagi dengan pendedahan Mustapha bahawa Dr Hasan,bekas Persuruhjaya PAS Selangor dan Nasharuddin, bekas Timbalan Presiden PAS jarang hadir mesyuarat parti.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula tumpang semangkuk macam tidak sabar-sabar mahu melihat Dr Hasan lenyap dengan kenyataan terbuka ‘mempersilakan' Exco Kerajaan Negeri Selangor itu keluar parti atas alasan hak negara demokrasi.
Rupanya kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib yang menyatakan ADUN Gombak Setia itu tidak cukup pencalonan dan tidak layak bertanding dalam PRU ke 13 telah membuka mata semua orang pada perang dingin yang serius PAS.
Ini kerana kenyataan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustafa sendiri dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercanggah satu sama lain.
Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim menyifatkan soal pencalonan itu tidak betul kerana Majlis Syura dan Pusat akan menentukan siapa layak bertanding.
Nik Aziz pula serahkan pada PAS Selangor menjelaskan isu itu.
Namun, sehingga hari ini Persurhjaya PAS yang menggantikan Dr Hasan iaitu Dr Rani Osman masih berdiam diri tentang isu kenyataan Saari kecuali timbalannya Khalid Samad seperti dilaporkan media arus perdana mengesahkan apa dikatakan Ketua Penerangan PAS negeri itu.
Bagaimanapun, kenyataan Mustafa dalam wawancara akhbar dan portal organ PAS, menampakkan seolah-olah Dr Hasan dan Nasharuddin bakal ‘sama-sama dimandikan’ supaya tidak bertanding pada pilihan raya nanti.
Nasharuddin dalam respons terhadap apa yang menimpa Dr Hasan menyifatkan pelik kerana ada pihak mengeluarkan kenyataan lebih awal daripada Presiden PAS.
Kerana itu, Nasharuddin kena sedia ‘dimandikan’ oleh pemimpin lain yang tidak sebulu dengannya selepas Mustafa seolah-olah memberi lampu hijau.
Timbul tanda tanya, adakah Mustafa kini lebih berkuasa daripada Majlis Syura, Presiden dan Mursyidul Am?
Pendedahan beliau kononnya ada bukti Dr Hasan berusaha menyakinkan beberapa pemimpin PAS lain supaya bersamanya jika benarpun, tidak patut Mustafa dedahkan begitu saja.
Jika benarlah Dr Hasan dan Nasharuddin bakal ‘dimandikan’ oleh PAS, ia boleh dilihat sebagai dendam pucuk pimpinan tertentu dalam parti itu yang melihat kedua-dua mereka ada persamaan.
Ini membuatkan sesetengah pemimpin PAS sudah ada berani mempersoalkan apakah ini tanda golongan ulama bakal dicantas dalam kepimpinan parti itu?
Adakah salah Dr Hasan dan Nasharuddin yang mempertahankan Islam dan perpaduan sehingga PAS bertindak demikian?
Memang Dr Hasan pernah dikaitkan dengan usaha kerajaan perpaduan di Selangor antara PAS dan UMNO sebelum kerajaan PKR menerajui negeri itu.
Begitu juga Nasharuddin yang jadi mangsa terpaksa ‘bersilat’ dengan Nik Aziz gara-gara cadangan perpaduan Islam dan Melayu antara PAS-UMNO di peringkat pusat.
Nampaknya, PAS menggunakan sebutir peluru bagi menumbangkang Dr Hasan dan Nasharuddin yang kini dianggap ‘dua musuh’ dalam parti.
Inilah peluang terbaik puak tertentu dalam PAS yang tidak mahu lagi melihat kedua-dua pemimpin PAS itu kekal dalam parti kerana boleh menyekat hasrat mereka untuk lebih mesra berpelukan dengan PKR dan DAP.
Namun ada yang berkata puak-puak ini perlu ingat, adakah ahli-ahli dan penyokong PAS boleh terima bulat-bulat pemimpin yang pertahankan Islam dan Melayu disingkirkan atau diperlakukan begitu sahaja ibarat habis madu sepah dibuang?
Dr Hasan dan Nasharuddin jika ‘dibuang’ keluarpun dari PAS, mereka mungkin boleh melangkah senang hati...
Mustapha sendiri sebut mereka jarang hadir mesyuarat.
Dalam politik kalau begini...biasanya mesti ada yang tidak kena.
Siapa tahu mungkin banyak yang pelik dalam PAS sekarang...
Mungkin Dr Hasan dan dan Nasaruddin lebih mengetahui.17/12/2011- OLEH ROSLAN BIAN
Ada pemimpin PAS Selangor kepanasan gara2 bercakap dahului Presiden....
Khabarnya ada pemimpin PAS di Selangor macam cacing kepanasan gara-gara tersilap jolok sarang tebuan dengan kenyataan kononnya Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tidak layak dicalonkan pada pilihanraya umum akan datang.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib yang buat kenyataan itu pun membisu malahaAhli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dikatakan ‘berlaga angin’ dengan Dr Hasan juga tidak banyak cakap.
Peliknya, Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abdul Rani Osman juga tak bunyi apa-apa selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man, apa yang digembar-gemburkan pasal Dr Hasan yang tidak layak bertanding adalah ‘tidak benar’.
"Kita baru sahaja di peringkat menerima cadangan dari negeri mengenai siapa yang akan menjadi calon, bagaimana pula Dr Hasan boleh digugurkan? Ia tidak benar,” kata Tuan Ibrahim, pada Rabu.
Sambil menyifatkan sebarang kenyataan sebelum ini mengenai Hasan sebagai pandangan peribadi pihak tertentu, Tuan Ibrahim berkata, pemilihan calon parti itu belum muktamad.
Dr Hasan dalam sidang media Isnin musykil kerana isu itu tiba-tiba meletup ketika beliau mahu menerima darjah kebesaran sempena Kepututeraan Sultan Selangor.
Walaupun, katanya tidak kisah kalau tidak dicalonkan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak menolak kemungkinan ada konspirasi pihak tertentu menimbulkan cerita
kononnya beliau tidak layak bertanding kerana tidak cukup pencalonan.
Kini, dalaman PAS sudah banyak mempersoalkan beberapa pemimpin yang bercakap lebih hebat daripada Abdul Hadi malah adakala mendahului Presiden PAS itu.
Dulu, kalau ada wartawan nak korek cerita dalam PAS cukup susah.
Kalau ada isu ia macam ribut dalam cawan sahaja tetapi kini bukan ribut lagi tetapi cerita-cerita dalaman PAS macam taufan boleh diketahui dengan mudah sebab sudah
ada banyak puak dalam parti itu.
Sebab itu juga bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Md Isa ketika mengulas isu yang menimpa Dr Hasan berpendapat, ini semua kerana ada puak yang suka bercakap mendahului Presiden.
Beliau yang tersingkir dalam pemilihan parti itu kerana dilihat menentang puak Erdogan atau Anwarninas dalam PAS yang lebih mengutamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, semua ini tidak boleh berlaku kalau kedudukan Presiden dihormati semua pihak.
Mengulas lebih lanjut, Nasaruddin tidak menolak puak yang cuba ‘mandikan’ Dr Hasan dengan kenyataan tersebut,melupakan Nas atau perkara teras dalam politik mereka.
“Jangan sampai menang sorak kampung tergadai,” bidas Nasaruddin kepada puak yang nampaknya semakin jauh meninggalkan perjuangan asal PAS memperjuangkan Islam.
Beliau mungkin merujuk kumpulan ulama yang semakin disingkirkan dalam kepimpinan PAS sejak parti itu bersekongkol dengan PKR dan DAP.
Apapun, dalam isu ini, Dr Hasan kini tentu boleh tarik nafas lega kerana selain Abdul Hadi, Majlis Syura belum memutuskan kedudukannya.
Dalam pada itu, pasti puak tertentu dalam PAS Selangor akan terus kepanasan kecualilah nama Dr Hasan betul-betul hilang dalam senarai PRU ke 13 nanti.-14/12/2011 - OLEH ROSLAN BIAN
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







