23November2017

Ada berita baik pasal PTPTN dalam Bajet 2018

Soal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus menerus menjadi isu khususnya mengenai bayaran balik pinjaman berkenaan.
 
Setakat ini tidak tahu mengenai apa namun yang pasti akan ada sesuatu berita baik pasal PTPTN dalam Bajet 2018 yang akan dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober ini.
 
Hal ini dibayangkan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani kepada wartawan selepas satu majlis di kawasan parlimennya Titiwangsa di Kuala Lumpur Sabtu. 
 
Beliau berkata kerajaan sudah mengambil maklum tentang harapan dan cadangan yang diajukan oleh PTPTN untuk dibentangkan dalam bajet berkenaan.
 
"Kita sudah maklum soal itu dan telah bincangkannya sama-sama kita nantikan nanti apakah berita baik yang boleh diberikan kepada PTPTN," katanya. 
 
Johari berkata kerajaan juga akan memastikan pelepasan taksiran cukai diteruskan bagi ibu bapa yang membuat penabungan pendidikan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional iaitu SSPN-i atau SSPN-i Plus.
 
Katanya setakat ini, ibu bapa yang membuat penabungan SSPN akan diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun.
 
Menurut Johari sehingga kini, kadar dividen yang diberikan pernah mencecah 4.25 peratus iaitu lebih tinggi daripada yang ditawarkan bank komersial.
 
Sehingga 30 Sept lepas, kira-kira 3.1 juta akaun dibuka di bawah SSPN dengan jumlah deposit RM2.94 bilion, katanya.- 21/10/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 667  tetamu dalam talian