22Oktober2017

1MDB bayar IPIC USD360 juta Selasa lalu...

Seperti dijanjikan 1MDB membayar obligasinya dengan syarikat minyak Abu Dhabi IPIC sebanyak USD360 juta (RM1.55 billion) pada 8 Ogos lalu.

"Baki akan dijelaskan menjelang 31 Ogos 2017," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia menambah bahawa semua dana yang dibayar kepada IPIC adalah dari hasil program rasionalisasi yang berterusan.

Di bawah perjanjian pada April dengan IPIC, 1MDB bersetuju membayar USD1.2 bilion dalam dua ansuran, dengan yang pertama kira-kira USD600 juta yang akan dibayar pada 31 Julai.

Tetapi 1MDB gagal untuk membuat pembayaran, menyebabkan IPIC memberi 1MDB tempoh selama lima hari untuk membuat pembayaran.

Pada 8 Ogos, IPIC memperluaskan tarikh akhir pada 31 Ogos, dengan syarat sekurang-kurangnya USD310 juta dibayar pada 12 Ogos.-11/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 783  tetamu dalam talian