17Januari2018

MH370: Malaysia anjur mesyuarat tiga pihak

Mesyuarat tiga pihak peringkat menteri antara Malaysia, Australia dan China akan diadakan di sini bulan depan untuk membincangkan fasa pencarian seterusnya pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kumpulan kerja MH370 dari Malaysia akan terlebih dahulu bermesyuarat untuk memuktamadkan agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tiga pihak peringkat menteri selepas itu.

"Tarikh mesyuarat tiga pihak itu belum ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Khidmat Lama dan Penderma Yayasan Pendidikan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC) di sini, hari ini.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac tahun lalu semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemukan, meskipun selepas pencarian besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, lokasi penerbangan itu dipercayai berakhir selepas laluan penerbangannya berubah.

Pada 29 Januari tahun ini, kerajaan mengisytiharkan kehilangan pesawat itu sebagai kemalangan dan semua penumpang serta anak kapalnya dianggap terkorban.

Pencarian pesawat itu di Lautan Hindi meliputi kira-kira 40 peratus daripada kawasan pencarian seluas 60,000 km persegi, manakala kira-kira 208,000 km persegi telah dibuat pemetaan setakat ini.

Sementara itu, Liow, yang juga Presiden MCA dan Pengerusi Lembaga Pengelola TARC, berkata, institusi itu akan memulakan kempen mengutip derma untuk mengumpul RM30 juta dalam usaha menubuhkan sebuah pusat pelajar di kampus utamanya.

Dalam majlis itu, sejumlah 113 kakitangan yang bertugas 25 tahun dengan TARC menerima cenderahati daripada Liow.-12/3/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 628  tetamu dalam talian