16Januari2018

Go Phoenix tarik diri misi cari MH370

Satu dari dua kapal yang terlibat dalam operasi pencarian melibatkan misteri kehilangan pesawat MH370 akan menarik diri tidak lama lagi.

Pihak berkuasa Australia berkata, Go Phoenix, yang mempunyai kelengkapan carian dasar laut paling dalam di dunia dan anak kapal yang disediakan oleh firma Amerika Syarikat (AS) Phoenix International Holding Inc, akan menarik diri daripada misi dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Bagaimanapun tiada alasan kukuh diberikan mengapa hendak tarik diri.

Bagaimanapun agensi berita Reuters melaporkan misi yang buntu itu berdepan kritikan berikutan pendekatan yang digunakan dalam pencarian di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Operasi pencarian diketuai Australia yang setakat ini tidak menjumpai sebarang bukti melibatkan pesawat MH370 atau 239 anak kapal itu, menimbulkan gesaan supaya pihak terlibat memikirkan semula cara yang lebih sesuai untuk misi berkenaan.

Pakar yang terlibat dalam operasi pencarian dasar laut berkata, syarikat Fugro NV yang mengetuai operasi itu, kemungkinan terlepas pandang kedudukan lokasi sebenar pencarian kerana tidak mempunyai kepakaran dan kakitangan yang berpengalaman di beberapa kawasan untuk tugas khusus mengesan objek-objek tertentu.

“Fugro adalah sebuah syarikat besar, tetapi mereka tidak mempunyai kepakaran dalam operasi pencarian kerana melibatkan kerja-kerja khas,” ujar bekas pegawai tentera, Paul-Henry Nargeolet yang diupah oleh agensi siasatan kemalangan Air France yang menyelaras operasi pencarian dan pemulihan penerbangan Air France AF447 pada 2009.

Pencarian dasar laut pesawat model Boeing 777 itu, yang dipercayai telah terhempas di Lautan Hindi setelah tersasar daripada laluan penerbangan, kini sedang dilakukan di perairan Barat Australia.

Pencarian dasar laut itu bermula 6 Oktober 2014 berdasarkan kaedah tinjauan dan pemetaan lantai laut. Kira-kira 127,000 km persegi di zon pencarian sudah dipeta setakat ini.

Jentera dan mesin canggih yang dihubungkan pada kapal tersebut dan ditunda dengan kabel telah diarah untuk mengesan bahagian terbesar pesawat seperti enjin dan fiuslaj.

GO Phoenix menjalankan tanggungjawab pencarian buat masa ini  di lokasi yang dipercayai menjadi lokasi terakhir MH370, berdasarkan analisis terperinci komunikasi satelit pesawat tersebut.-29/5/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 800  tetamu dalam talian