17Januari2018

Bateri litium punca MH370 terhempas?

Teori terbaharu berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada Mac tahun lalu mendakwa, pesawat itu membawa bateri litium-ion di dalam kargonya yang dipercayai terbakar sehingga asap memenuhi ruang kapal terbang tersebut dengan karbon monoksida, sekali gus menjadi punca ‘kehilangan’ jet itu bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal.

Teori itu yang diutarakan oleh pakar penerbangan Amerika Syarikat (AS), Bruce Robertson yang juga merupakan seorang jurutera penerbangan dan juruterbang AS berkata, bateri mudah terbakar dalam ruangan kargo dan merebak ke dalam pesawat sehingga mendorong pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid menukar haluan penerbangan dan meletakkan pesawat itu pada kedudukan menurun bagi melakukan pendaratan cemas.

Portal Mail Online melaporkan, Fariq terhidu asap beracun itu dan mendorongnya menukar haluan pesawat berkenaan yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan pemanduan pesawat itu kepada mod autopilot selama beberapa jam sebelum terhempas di Lautan Hindi.

Robertson pada masa sama mendakwa, misi pencarian pesawat itu yang diketuai Australia, dilakukan di lokasi yang silap di Lautan Hindi dengan mengandaikan pesawat tersebut berada di barat Exmouth dekat Australia Barat.

“Jet itu terhempas di barat Lautan Hindi di Zenith Plateau, barat Exmouth, Australia. Kedudukannya dalam lingkungan 21 darjah ke selatan dan 103 darjah ke timur.

“Banyak masa dan wang dibazirkan dalam pencarian sia-sia di kawasan yang lebih jauh di barat daya di barat Perth,’’ kata Robertson yang menulis dalam laman web penerbangannya.

Teori Robertson itu dibuat selepas pihak MAS mengesahkan pada tahun lalu bahawa MH370 membawa bateri litium-ion mudah terbakar pada ruangan kargonya.-30/6/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 660  tetamu dalam talian