16Januari2018

Anggota Parlimen bertakafur ingati tragedi MH370

Anggota Parlimen bertafakur selama seminit untuk mengingati penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, sebelum bermulanya persidangan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Kesemua Anggota Parlimen daripada kedua-dua belah pihak berdiri sambil bertafakur, dan anggota Parlimen yang beragama Islam mengiringinya dengan bacaan al-Fatihah.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mewakili anggota dewan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesawat malang itu yang genap setahun kehilangannya pada Ahad.

Beliau berkata kemalangan pesawat MH370 merupakan tragedi menyayat hati dan menyentuh nurani seluruh rakyat.

"Saya mewakili anggota Dewan berharap sementara usaha mencari pesawat malang itu diteruskan, semua keluarga mangsa akan tabah dan cekal dalam menghadapi ujian ini dan menerima ketentuan ini.

Kita juga mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh," katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas.-10/3/2015 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 806  tetamu dalam talian