23November2017

Tidak benar misi pencarian diteruskan tahun depan

Laporan media asing yang mendakwa operasi pencarian pesawat MH370 akan diteruskan tahun depan adalah tidak benar.
 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata setakat ini, pihaknya belum memuktamadkan rundingan dengan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity, dan akan terlebih dahulu meneliti pandangan daripada pakar.
 
“Ini kerana kita memerlukan data yang tepat untuk mengesahkan sama ada pencarian pesawat MH370 diteruskan atau sebaliknya.
 
“..dan jika kita yakin dengan sumber dipercayai itu, maka kita akan meneruskan misi pencarian ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan Persatuan Pendidikan ‘Flagbearer’.
 
Persatuan Pendidikan ‘Flagbearer’ menyampaikan sumbangan berjumlah RM1.6 juta kepada 40 anak-anak 23 kru pesawat MH370 dan MH17 yang terkorban, bagi membantu mereka.
 
Penubuhan dana itu adalah inisiatif daripada empat syarikat swasta – Eu Yan Sang, Genting Malaysia Berhad, Hap Seng Plantations dan Kuala Lumpur Kepong Berhad.
 
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.
 
Australia, China dan Malaysia, yang bersama-sama menyelaras dan membiayai operasi pencarian pada Januari lepas, menggantung pencarian MH370 apabila serpihan pesawat berkenaan tidak dijumpai di kawasan pencarian 120,000 kaki persegi di selatan Lautan Hindi.
 
Penerbangan MH17, sebuah pesawat Boeing 777-200, pula ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, 2015, ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dengan membawa 298 penumpang.- 2/11/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 631  tetamu dalam talian