24Ogos2017

Syarikat Amerika tawar cari MH370 percuma

Sebuah firma penerokaan dasar laut di Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk meneruskan pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines, kata waris penumpang dan seorang menteri Malaysia hari ini.

Boeing 777 itu hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan kru. Analisis data radar dan satelit komunikasi mendapati ada orang di dalam kapal terbang itu mungkin mematikan transponder pesawat sebelum melencongkannya ribuan kilometer ke Lautan Hindi.

Australia, Malaysia dan China menghentikan misi pencarian pesawat itu selama 2 tahun yang menelan belanja AS$159.16 juta, pada Januari lalu, walaupun dibantah waris mangsa.

Peguam dari Malaysia, Grace Nathan yang ibunya, Anne Daisy turut menaiki pesawat itu berkata, syarikat AS dikenali sebagai Ocean Infinity menawarkan diri untuk meneruskan pencarian MH370 secara percuma dan hanya meminta ganjaran jika pesawat terbabit ditemui.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi melalui pesanan teks kepada Reuters mengesahkan pihak berkuasa menerima tawaran itu, tetapi belum memutuskan sama ada akan menerimanya.

Seorang jurucakap Ocean Infinity enggan mengulas tawaran itu. Syarikat berkenaan melalui laman webnya berkata, ia mempunyai kenderaan dalam air paling canggih di dunia untuk menjalankan pemetaan, kajian dan pencarian di dasar laut.

Tahun lalu, Australia dan Malaysia menolak cadangan penyiasat untuk memperluaskan pencarian ke kawasan seluas 25,000km persegi di utara dari kawasan pencarian asal di selatan Lautan Hindi, memandangkan lokasi baru yang dikenal pasti sangat tidak tepat.

Tetapi, sebuah kumpulan sokongan waris penumpang MH370, Voice370 berkata, penyelidik Australia baru-baru ini memperkecilkan kawasan pencarian yang mungkin kurang daripada 25,000km persegi selepas kajian terperinci.

Keluarga waris yang melancarkan sebuah kempen membiayai misi pencarian peribadi pada Mac lalu berkata, mereka menggantung rancangan itu dengan harapan kerajaan terbabit “akan bertindak balas dengan pantas dan cepat” terhadap tawaran Ocean Infinity.

“Susulan kawasan pencarian diperkecilkan dan ada pihak menawarkan diri mencari secara percuma, ahli keluarga yang menderita amat sedih dengan kurangnya komunikasi dari kerajaan terbabit,” kata Voice370 dalam kenyataan pada Selasa.

Sejak pesawat itu hilang, muncul teori mendakwa MH370 dirampas dan sama ada ia berada di bawah kawalan sesiapa selepas ia kehabisan minyak.-3/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 853  tetamu dalam talian